Page 12 - Syok Praktis PBD (2023) BM TH3
P. 12
Nama:.............................................................................. Kelas:.............................. Tarikh:.......................
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 5 Warisan Kita
Praktis Tema 5 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
5 Warisan Kita
Buku Teks Jilid 2: Halaman 1 – 20
A Dengar petikan yang dibacakan. Kemudian, berikan respons terhadap
dialog yang berikutnya. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Tahun Baharu Cina disambut oleh masyarakat Cina secara besar-besaran bagi
menandakan kedatangan tahun baharu mengikut kalendar mereka. Pada malam
Tahun Baharu Cina, semua anggota keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-
sama.
Semasa sambutan Tahun Baharu Cina, anggota keluarga yang sudah berkahwin
akan memberikan sampul berwarna merah yang mengandungi sejumlah wang
kepada saudara-mara dan sahabat yang belum berkahwin. Sampul ini dikenal juga
sebagai angpau yang bermaksud kesejahteraan yang berpanjangan.
Selain itu, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai
sepanjang Tahun Baharu Cina berlangsung. Tarian singa dikatakan akan memberikan
keberkatan kepada mereka yang menyambut perayaan tersebut. Kemudian, perayaan
Cap Goh Mei pula diraikan sebagai penutup kepada perayaan Tahun Baharu Cina.
Faris: Siva, siapakah yang menyambut Tahun Baharu Cina dan mengapakah
mereka menyambutnya?
Siva: Tahun Baharu Cina disambut oleh
.
Faris: Siapakah yang akan mendapat angpau semasa sambutan Tahun Baharu
Cina?
Siva:
Faris: Mengapakah tarian singa dimainkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina?
Siva:
Faris: Apakah aktiviti penutup bagi perayaan Tahun Baharu Cina?
Siva:
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36
05 Praktis 05.indd 36 11/08/2022 2:54 PM

