Page 6 - Syok Praktis PBD (2023) BM TH3
P. 6

KSSR Bahasa Melayu  Tahun 3  Praktis 1 Keluarga Sejahtera

         D 	 Isi	 tempat	 kosong	 dengan	 simpulan	 bahasa	 yang	 betul.	 Kemudian,
              berceritalah	kepada	rakan-rakan	kamu.	                            ASPEK SENI BAHASA



                 ringan	tulang                      air	muka                       alas	perut





                 buah	tangan                       besar	hati                       buah	hati




        Pada	hari	Sabtu	yang	lalu,	Haziq	sekeluarga	pulang	ke	kampung.	Sebelum

        bertolak,	 Haziq	 hanya	 makan	 dua	 keping	 roti	 dan	 segelas	 susu	 sebagai
                               .	Setelah	empat	jam	perjalanan,	mereka	tiba	di	kampung.
        Mereka	disambut	oleh	datuk	dan	nenek.	Datuk	dan	nenek	sangat	gembira

        kerana	Haziq	dan	adiknya,	                              	mereka.

        	      Keesokan	harinya,	datuk	mengajak	Haziq	dan	adik	ke	dusun	durian.
        Haziq	berasa	                           .	Dia	sudah	lama	hendak	pergi	ke	dusun

        durian	datuknya.	Haziq	dan	adiknya	sungguh	ceria.

        	      “Wah,	banyaknya	buah	durian	di	dusun	ini!”	kata	Haziq.	Haziq	dan
        adiknya	yang	                          	itu	membantu	datuk	memungut	buah	durian
        yang	gugur.	Mereka	mengumpulkan	buah-buah	itu	berdekatan	dengan	kereta

        datuk.

        	      Sebelum	 pulang	 ke	 bandar,	 datuk	 memberikan	 buah-buahan	 yang
        diambil	di	dusun	dan	sekeliling	rumah.	Pelbagai	jenis	buah	diberikan	oleh

        datuk	seperti	durian,	rambutan,	duku,	dan	manggis.	Buah-buahan	itu	akan
        diberikan	kepada	jiran-jiran	di	bandar	sebagai	                                .

        	                             	 Haziq	 dan	 adiknya	 kelihatan	 tidak	 ceria.	 Mereka
        sedih	 hendak	 meninggalkan	 datuk	 dan	 nenek.	 Ayah	 berjanji	 bahawa

        mereka	sekeluarga	akan	pulang	ke	kampung	semula	tidak	lama	lagi.	Hal
        ini	 dikatakan	 demikian	 kerana	 cuti	 penggal	 persekolahan	 akan	 menjelang

        beberapa	minggu	lagi.






        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               4






   01 Praktis 01 new.indd   4                                                                   11/08/2022   2:49 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11