Page 28 - Focus PT3 2022 - Sains
P. 28

Sains PT3  Bab 1  Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                  Praktis Formatif 1.5


                1.  Ketumpatan air ialah 1 000 kg/m . Hitungkan jisim bagi 1 cm  air dalam unit gram.
                                                                    3
                                             3
         T
                     T
                     i
         i
                2.  (a)  Terangkan mengapa telur tenggelam di dalam air.
                     n
         n
         g
                     g
                   (b)  t Ramalkan apa yang akan berlaku kepada telur jika lima sudu garam ditambahkan
         k
                     k
         a
                     a
                      ke dalam air dan dikacau.
         t
         a
                     a
         n
                     n
         1         (c)  Hubung kaitkan fenomena di 2(b) dengan satu fenomena semula jadi.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               1.6    Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik
                1.  Kaedah saintifik merupakan satu pendekatan sistematik yang digunakan oleh ahli sains untuk
                   menyelesaikan masalah.
                2.  Semasa menjalankan penyiasatan saintifik, kita perlu menguasai 12 kemahiran proses sains
                   yang penting.
                                              Jadual 1.6 Kemahiran proses sains
                 Kemahiran proses sains                             Penerangan
                                          Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
               Memerhati
                                          mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena.
                                          Melalui  pemerhatian,  mengumpulkan  objek  atau  fenomena  berdasarkan
               Mengelas
                                          persamaan atau perbezaan.
               Mengukur dan               Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan
               menggunakan nombor         alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
                                          Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak
               Membuat inferens
                                          benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
                                          Menjangka sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian dan
               Meramal
                                          pengalaman lalu atau berdasarkan data yang boleh dipercayai.
                                          Menggunakan  perkataan  atau  simbol  grafik  seperti  jadual,  graf,  rajah  atau
               Berkomunikasi
                                          model untuk menerangkan tindakan, objek atau peristiwa.
               Menggunakan perhubungan    Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu,
               antara ruang dan masa      berat dan jisim dengan masa.
                                          Memberikan  penerangan  yang  rasional  tentang  objek,  peristiwa  atau  pola
               Mentafsir data
                                          daripada data yang dikumpulkan.
                                          Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang
               Mendefinisi secara operasi
                                          dilakukan dan diperhatikan.
                                          Mengenal  pasti  pemboleh  ubah  dimanipulasikan,  pemboleh  ubah  bergerak
                                          balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan, satu
               Mengawal pemboleh ubah     pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan
                                          pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama, pemboleh ubah
                                          yang lain dimalarkan.
                                          Membuat  sesuatu  pernyataan  umum  tentang  hubungan  antara  pemboleh
                                          ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk
               Membuat hipotesis
                                          menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini boleh diuji
                                          untuk membuktikan kesahihannya.
                                          Merancang  dan  menjalankan  aktiviti  untuk  menguji  sesuatu  hipotesis,
               Mengeksperimen             mengumpulkan  data  dan  mentafsirkan  data  sehingga  mendapat  rumusan
                                          daripada aktiviti itu.

                 22






         01 Focus PT3 Sains Tg1.indd   22                                                              14/12/2021   2:54 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33