Page 40 - Komik Pendidikan Britannica 31 Robot
P. 40

Peranti automatik terawal di Korea Selatan –
                 Clepsydra

                 Kemunculan  peranti  automatik  terbentuk  daripada  pelbagai  jenis  komponen  lalu
             menggalakkan penciptaan robot. Peranti automatik terawal di Korea Selatan ialah clepsydra
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
             yang dicipta oleh Jang Yeong-sil, iaitu pengira masa berdasarkan aliran air secara automatik.




                   Pengira masa berdasarkan aliran air – Jam air
                   Pengira masa berdasarkan pengaliran air secara automatik telah
                digunakan pada kerajaan Silla. Pada zaman pemerintahan Raja Sejong
                dari Dinasti Joseon, pengurus pengira masa di istana akan berteriak
                setiap kali mengumumkan waktu. Antara kelemahannya adalah sukar
                untuk memberitahu waktu secara tepat dan pengurus perlu melakukan
                kerja pada setiap masa tanpa rehat. Maka, Raja Sejong memerintahkan
                Jang Yeong-sil untuk menghasilkan peranti yang dapat memberitahu
                masa secara automatik.



                   Jam air – Dicipta berdasarkan prinsip robot
                   Jang Yeong-sil telah mengambil masa kira-kira empat tahun untuk menghasilkan alat pencatatan masa
                automatik yang dipanggil clepsydra atau jam air. Peranti ini mempunyai patung berdiri yang akan menahan
                tanda yang terukir mengikut masa. Pengiraan masa ini menggunakan prinsip air di dalam baldi pertama
                mengalir ke dalam baldi kedua. Pembaris di dalam baldi yang kedua akan terapung. Apabila pembaris
                terapung,  manik  tembaga  akan  bergulung  ke  bawah.  Manik  akan  bersentuhan  dengan  batang  yang
                bersambung dengan anak patung. Anak patung akan bergerak lalu memukul gong untuk menghasilkan
                bunyi. Oleh itu, kita mendapati bahawa jam air menggunakan pelbagai jenis komponen agar anak patung
                dapat bekerja tanpa henti menggunakan prinsip robot.



                   Air di dalam baldi besar   Apabila air mengalir masuk ke   Manik di dalam pembaris akan
                akan mengalir ke dalam baldi   dalam baldi bulat, pembaris di dalam   jatuh. Jika anak patung itu disentuh,
                kecil berdasaran kelajuan   baldi bulat akan terapung.  anak patung akan memukul gong.
                tertentu. Akhirnya, mengalir ke
                dalam baldi bulat.



                                                             Pembaris






                                                             Baldi bulat













         BritannicaV31_P08-P39_CH01_BM.indd   39                                           04/02/2021   10:11 PM
   35   36   37   38   39   40   41