Page 8 - Komik Pendidikan Britannica 31 Robot
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Profesor Luo Yi
Abang Luo Yun yang memiliki PhD dalam
bidang robotik dan mencipta robot Trebo yang
dapat menempuh masa dan ruang. Beliau telah
menjemput Luo Yun dan Maggy untuk menghadiri
perasmian Robot Park. Beliau berpengetahuan luas
tentang robot dan sentiasa menjelaskan perkara
menarik tentang robot kepada Luo Yun dan Maggy.
Luo Yun
Adik Luo Yi yang meminati robot. Jemputan ke majlis
perasmian Robot Park menggembirakannya. Dia sentiasa
mempergunakan robot yang dihasilkan oleh abangnya
untuk membantunya belajar. Perjalanan merentasi masa
dan ruang telah membuka matanya untuk menjadi
pencipta robot terkenal suatu hari nanti.
Maggy
Dia sentiasa menganggap robot gagah dan perkasa.
Dia berasa sedikit kecewa apabila melihat robot di
Robot Park tidak seperti yang dibayangkannya. Namun,
selepas merentasi masa dan ruang, pengetahuannya
tentang robot semakin mendalam dan mengubah
pemikirannya sebelum ini. Dia berharap agar manusia
dapat hidup harmoni bersama robot suatu hari nanti.
Trebo
Robot yang dicipta oleh Profesor Luo Yi yang
mampu menempuh masa dan ruang. Dia akan
membawa ke mana-mana sahaja manusia ingin
pergi, tetapi perlu memasukkan duit syiling terlebih
dahulu di bahagian belakang badannya.
BritannicaV31_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 27/01/2021 6:50 AM

