Page 35 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sejarah
P. 35
Sejarah SPM Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948
5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penubuhan Jawatankuasa Kerja
1. Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak
oleh penduduk tempatan.
2. Jawatankuasa Kerja dibentuk pada 25 Julai 1946.
3. Bagi merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. T
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
T
i
4. Matlamat jawatankuasa untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. i
n
n
g
g
5. Jawatankuasa kerja terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan pegawai kanan k
k
a
a
t
t
British. a
a
n
n
4 4
Cadangan Jawatankuasa Kerja
1. Jawatankuasa kerja memulakan tugas pada bulan Ogos 1946 sehingga November 1946.
2. Mereka menyediakan cadangan berikut:
(a) Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan dua buah Negeri-negeri
Selat.
(b) Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
(c) Menjaga kedudukan istimewa kaum Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
(d) Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
(e) Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.
3. Ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu adalah
seperti berikut:
Pegawai Pemerhati
Wakil Raja-raja Melayu Wakil UMNO Wakil Kerajaan British
dan Penasihat
• Raja Kamaralzaman • Dato’ Onn Jaafar • A.T. Newboult (Ketua • Theodore Adams
Raja Ngah Mansur • Dato’ Abdul Rahman Setiausaha Malayan (Penasihat Raja-raja
(Raja Kecil Tengah Mohd Yassin Union) Melayu)
Perak) • Haji Megat Yunus • K.K.O’ Connor • Roland Braddell
• Dato’ Hamzah (Peguam Negara (Penasihat Undang-
Abdullah (Orang Malayan Union) undang UMNO)
Kaya Menteri Besar • W.D. Godsall • Ralph Hone
Selangor) (Setiausaha (Pemerhati dan wakil
• Haji Mohamad Sheriff Kewangan) Gabenor Jeneral)
Osman (Setiausaha • Dr. W. Linehan (MCS)
Kerajaan Kedah) • A.Williams (MCS)
• Dato’ Nik Ahmad • D.C. Watherston
Kamil Mahmud (Dato’ (Setiausaha)
Seri Setia Raja
Kelantan)
INFO SEJARAH
INFO SEJARAH
Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran
kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
77
05 Fokus Sejarah Ting 4.indd 77 22/07/2021 4:36 PM

