Page 7 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sejarah
P. 7

K  eba      ng    k i ta   n N     as    i o nalis       me                INFOGRAFIK
               Kebangkitan Nasionalisme
                                                                                          INFOGRAFIK
                                                                                          INFOGRAFIK
                                                                                          INFOGRAFIK
                                                                                     Bab 2
                                                                                     Tingkatan          4

               R e v olusi K ea  gungan 1688
               Revolusi Keagungan 1688
                Dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa
                      Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.
                Berlaku di England disebabkan keinginan menegakkan kedaulatan
                parlimen dan hak asasi rakyat.
                Revolusi tercetus kerana pemerintahan Raja James II
                membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.
                Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa
                mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of          Raja James II
                Orange dari Belanda.
                Menyedari sokongan yang berkurangan, Raja James II melarikan
                diri ke Perancis.
                Semasa pemerintahan Mary II dan Raja William of Orange,
                konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan
                dimantapkan.
                Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada
                parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
                                                                                  Mary II dan Raja William
               R e v olusi Amerika 1776                                                 of Orange
               Revolusi Amerika 1776
                Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang
                penjajahan British.
                Penentangan tersebut berlaku kerana British tidak melindungi
                hak rakyat Amerika yang merupakan sebahagian daripada
                empayar British.
                Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British
                mengakui kemerdekaan Amerika.
                13 buah bekas tanah jajahan digabungkan dan diberi nama
                sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem
                pemerintahan demokrasi.
               R e v olusi P er ancis 1789
               Revolusi Perancis 1789
                Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang
                memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
                oleh golongan pemikir Perancis.
                Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan
                autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.
                Golongan revolusi menggempur Penjara Bastile, membebaskan
                tahanan politik dan menggulingkan Raja Louis XVI.
                Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis
                yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.










                                                                                                     18/02/2021   3:59 PM
       Focus Sejarah SPM - Infografik.indd   2                                                       18/02/2021   3:59 PM
       Focus Sejarah SPM - Infografik.indd   2
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12