Page 22 - RANGER SPM EKONOMI
P. 22

Ekonomi  SPM  Bab 2 Pasaran
              2.2.4  Penentu Keanjalan Harga Permintaan



                                •  Barang mewah adalah lebih anjal disebabkan apabila harganya meningkat
                   Jenis          sedikit, kuantiti  yang  diminta  oleh  pengguna  akan  berkurang dengan
                 Barangan         banyak.
                                •  Barang keperluan asas seperti minyak masak adalah tak anjal kerana
                                  perubahan  harga  yang  besar hanya  akan  menyebabkan  kuantiti  yang
                                  diminta berkurang dengan sedikit.
         Tingkatan 4  Faktor    •  Dalam jangka masa pendek, permintaan barang adalah tak anjal kerana



                                  pengguna  tidak dapat  mencari barang untuk menggantikannya  dalam
                  jangka
                                  masa yang singkat.
                   masa
                                •  Dalam  jangka  masa  panjang,  permintaan  barang  adalah  anjal  kerana
                                  jika harga barang meningkat, pengguna sempat mencari barang untuk
                                  menggantikannya.




                  Bilangan      •  Barang yang mempunyai pengganti yang banyak, permintaannya adalah
                  barang          anjal kerana apabila harga sesuatu barang meningkat, pengguna akan
                 pengganti        membeli barang penggantinya.
                                •  Barang yang tidak mempunyai pengganti, permintaannya adalah tak anjal
                                  kerana sukar untuk mencari barang untuk menggantikannya.




                  Nisbah        •  Semakin besar peratus pendapatan boleh guna dibelanjakan atas sesuatu
                perbelanjaan      barang, permintaannya adalah anjal.
                  dengan
                pendapatan      •  Semakin kecil peratus pendapatan boleh guna dibelanjakan atas sesuatu
                                  barang, pemintaannya adalah tak anjal.


                                •  Permintaan sesuatu barang adalah anjal jika barang tersebut mempunyai
                  Bilangan        kegunaan yang banyak.
                 kegunaan       •  Permintaan sesuatu  barang adalah  tak anjal jika kegunaan barang
                                  tersebut adalah terhad.




                                •  Jika sesuatu barang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi seperti
                                  arak  dan  kopi,  pengguna  tetap  membelinya  walaupun  harganya
                 Ketagihan        meningkat. Oleh itu, permintaannya adalah tak anjal.
                                •  Jika  sesuatu  barang  tidak  mempunyai  ketagihan  yang  tinggi,  ia
                                  adalah anjal.



         38                                                                                                                                                                                     39





       02 Ranger SPM Ekonomi Ting.4.indd   38                                             15/06/2020   9:26 AM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27