Page 7 - LA FLORA EDISI KHAS LEGENDA RUBAH DI KYOTO
P. 7
Prolog
Dalam legenda Jepun, Tamamo-no-Mae muncul
pada era Heian semasa pemerintahan Maharaja Toba. Dia
seorang wanita cantik dan berpengetahuan luas dalam
pelbagai bidang. Oleh sebab itu, dia digelar sebagai wanita
tercantik dan terpintar di Jepun.
Pada usia 18 tahun, dia menjadi pegawai wanita
di dalam istana. Maharaja Konoe menganugerahkannya
nama “Tamamo-no-Mae” kerana kecantikan dan
kecerdasannya. Tidak lama kemudian, Maharaja Konoe
jatuh sakit secara tiba-tiba dan tabib istana tidak dapat
merawat penyakitnya. Akhirnya, seorang ahli nujum
bernama Abe no Yasuchika memberitahu bahawa
penyebab penyakit baginda ialah Tamamo-no-Mae.
Rupa-rupanya Tamamo-no-Mae merupakan seekor
rubah berekor sembilan yang menjelma menjadi wanita.
Dia sengaja membuat Maharaja Konoe sakit bagi merebut
takhta baginda.
Selepas identitinya terdedah, dia dibunuh oleh
Miura-no-Suke. Tubuhnya berubah menjadi “Batu
Pembunuh” yang akan meragut nyawa sesiapa yang
menyentuhnya. Dia sedang menunggu peluang terbaik
untuk membalas dendam.
La Flora SE V1_P01-08_INTRO_BM.indd 6 15/06/2019 4:47 PM

