Page 22 - PBD Plus Sejarah T5 (EG)
P. 22
Fokus KBAT
IDEA Bebas daripada Mengikut Tanpa campur Pelantikan ahli Menggunakan bahasa Kestabilan politik dan
penjajahan acuan sendiri tangan asing Jemaah Menteri kebangsaan ekonomi
Gambar merujuk kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
1. Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada negara kita? KBAT Menilai
Peristiwa tersebut penting kepada negara kita kerana negara kita mencapai kemerdekaan dan bebas
daripada penjajahan. Selain itu, membolehkan pemimpin negara memerintah mengikut acuan sendiri.
Malah negara kita boleh menggubal undang-undang dan juga membangunkan ekonomi tanpa campur
tangan kuasa asing.
2. Kedaulatan negara dapat dicapai melalui semangat bertoleransi antara kaum.
Buktikan pernyataan tersebut. KBAT Menganalisis
Kedaulatan negara dapat dicapai melalui toleransi antara kaum. Hal ini dibuktikan melalui ahli Jemaah
Menteri yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum. Rakyat boleh memilih wakil pemerintah melalui
pilihan raya. Toleransi antara kaum juga dapat dilihat melalui perpaduan kaum. Rakyat mengamalkan
integrasi nasional menggunakan bahasa kebangsaan dan mengamalkan kebudayaan kebangsaan. Justeru,
kerjasama dan tolak ansur antara kaum dapat dicapai.
3. Kedaulatan dapat diwujudkan dengan mengekalkan kemerdekaan negara.
Jelaskan usaha yang perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut.
Usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan negara ialah mewujudkan kestabilan politik
dan kemakmuran ekonomi. Selain itu, pemimpin dan rakyat sentiasa berganding bahu untuk mengekalkan
perpaduan kaum. Kedaulatan dapat diwujudkan dengan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat. Semangat patriotisme dapat dipupuk dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan
Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara.
Enrolment key
seJt5-POT^
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bab 1.indd 14 05/01/2023 11:50 AM

