Page 3 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Penulisan
P. 3
Bahagian A Membina Ayat
Nota Bestari
Panduan Penulisan
Husna, bolehkah kamu kongsikan
panduan untuk membina ayat Boleh, Hakimi. Untuk membina ayat
dalam Bahagian A dengan mudah? dengan mudah, kita perlu mengikuti
beberapa langkah seperti yang berikut:
1. Teliti dan fahami soalan.
2. Kenal pasti aktiviti dan situasi yang
terdapat dalam bahan grafik.
3. Bina lima ayat yang lengkap
berdasarkan bahan grafik.
4. Setiap ayat perlulah mempunyai
subjek dan predikat.
5. Elakkan menulis semua ayat dalam
satu perenggan.
6. Setiap ayat yang ditulis mestilah
dinomborkan.
7. Berikan nama atau kata ganti diri
(kita) bagi watak dalam bahan grafik.
8. Jangan gunakan penanda wacana.
9. Pastikan tulisan kita jelas, bersih, dan
kemas.
10. Semak jawapan dari segi ejaan,
tanda baca, dan struktur ayat.
Tip Mendapatkan Markah Cemerlang
Antara tip untuk mendapatkan markah yang cemerlang seperti yang berikut:
Murid perlu menggunakan ayat majmuk dengan penggunaan kosa kata yang
meluas.
Murid perlu menggunakan ayat yang gramatis, iaitu mempunyai peluasan di
bahagian subjek dan predikat.
Murid perlu menggunakan struktur ayat yang tepat dan disusun secara menarik.
Murid perlu memastikan penggunaan imbuhan, ejaan, dan tanda baca yang tepat.
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 1 22/07/2021 12:20 PM

