Page 23 - PBD Plus P.Islam T5 (EG)
P. 23

Bidang Al-Quran

                3                  Hukum Tajwid: Bacaan Ra’,
            PELAJARAN
                                            Wakaf dan Ibtida’





             Fokus Topik





                                                  Cara bacaan Ra’





                    Ra’  Tarqiq iaitu dibaca dengan               Ra’  Tafkhim iaitu dibaca dengan
                     menipiskan bunyi sebutan ra’.                 menebalkan bunyi sebutan ra’.





                                                    Jenis wakaf





                 Wakaf Tam                Wakaf Kafi             Wakaf Hasan           Wakaf Qabih



                Wakaf Tam: Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya, dan tidak mempunyai kaitan
                dengan ayat selepasnya dari segi lafaz dan makna.



                Wakaf Kafi: Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya, tetapi mempunyai kaitan
                dengan ayat selepasnya dari segi makna bukan lafaz.



                Wakaf Hasan: Wakaf pada ayat yang telah sempurna maknanya, tetapi mempunyai kaitan
                dengan ayat selepasnya dari segi lafaz dan makna.




                Wakaf Qabih: Wakaf pada ayat yang mengubah makna sebenar atau yang tidak sempurna
                makna, kerana mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.










                                                         11                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.







     01-03 PBD PLUS ISLAM TG5.indd   11                                                           04/01/2023   9:26 AM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28