Page 33 - PBD Plus P.Islam T5 (EG)
P. 33
Fokus KBAT
IDEA Amanah Bahagia
1. Setiap orang ialah pemimpin yang bertanggungjawab atas kepimpinannya.
Kemukakan cadangan supaya setiap individu bertanggungjawab atas kepimpinannya.
KBAT Mengaplikasi
Seseorang itu perlu memahami perkara yang merupakan tanggungjawab terhadapnya kerana
tanggungjawab tersebut merupakan amanah yang wajib ditunaikan. Mereka perlu menyedari
bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoal di hadapan Allah SWT di akhirat kelak dan akan
diberi balasan yang adil. Kesimpulannya, setiap orang harus muhasabah tentang bidang tugas
masing- masing agar terlepas daripada seksa neraka kerana mengabaikan tanggungjawab.
2. Suami ialah ketua keluarga dan mempunyai tanggungjawab tertentu untuk kesejahteraan
keluarga.
Ramalkan situasi yang akan berlaku sekiranya seorang suami tidak bertanggungjawab atas
kepimpinannya. KBAT Menilai
Banyak kepincangan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga kerana suami mengabaikan
tanggungjawab yang merupakan amanah kepadanya. Pengabaian tersebut akan menyebabkan
anak-anak menjadi mangsa daripada keadaan tersebut dan seterusnya mendorong kepada
perkara negatif. Kesimpulannya, membina rumah tangga yang bahagia merupakan cita-cita
setiap orang, namun keadaan sebaliknya yang akan berlaku sekiranya tanggungjawab tidak
dijalankan dengan sempurna.
Enrolment key
PiT5^^POt
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 42
07-08 PBD PLUS ISLAM TG5.indd 42 04/01/2023 9:28 AM

