Page 15 - Syok Praktis PBD (2023) Tatabahasa TH6
P. 15

12                              Kata Majmuk






              SYOK      Belajar


                                      Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa
                                      makna tertentu. Terdapat tiga bentuk kata majmuk, iaitu kata majmuk
                                      rangkai  kata  bebas,  kata  majmuk  istilah  khusus,  dan  kata  majmuk
                                      bentuk kiasan atau peribahasa.







                 Kata  majmuk  yang  telah  mantap  dieja  bercantum.  Contohnya,
                 tandatangan,  tanggungjawab,  antarabangsa,  matahari,  beritahu,
                 bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, olahraga, kerjasama, setiausaha,
                 sukarela, suruhanjaya, warganegara, dan pesuruhjaya.







                                                Kata Majmuk






               Rangkai Kata Bebas                Istilah Khusus                    Kiasan




              alat solek, kerusi malas,      deria rasa, garis pusat,     anak emas, buah tangan,
             Perdana Menteri, Leftenan       graf lurus, kanta mata,         berat sebelah, jalan
             Jeneral, rukun tetangga,        mogok umum, tulang             tengah, kaki bangku,
                  rumah tangga                  kering, cari gali            curi tulang, ada hati



               Kesilapan Lazim


                                  Salah                                    Betul
                 1.  Program  ini  berjalan  dengan  lancar  1.  Program  ini  berjalan  dengan  lancar
                    dengan kerja sama semua pihak.           dengan kerjasama semua pihak.
                 2.  Ayah sedang berehat di kerusi-malas. 2.  Ayah sedang berehat di kerusi malas.





                                                       45                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   21-56 Tatabahasa Th6.indd   45                                                                11/08/2022   5:30 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20