Page 17 - Hybrid PBD 2022 Tingkatan 4 - Ekonomi
P. 17
Ekonomi Ting. 4 KSSM Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi
Tahap Halaman
Penguasaan Tafsiran buku teks
L 6 Mengenal pasti ciri-ciri ekonomi campuran di Malaysia berdasarkan – L
contoh dan memberi cadangan sejauh mana perlunya campur tangan
E kerajaan E
M 19. Maklumat di bawah menunjukkan ekonomi di Malaysia. TP6 M
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
B Ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi pasaran perindustrian baharu dan ekonomi keempat terbesar B
di Asia Tenggara serta ke-35 terbesar di dunia. Malaysia merupakan ekonomi ketiga terkaya di Asia Tenggara
berdasarkan nilai pendapatan per kapita. Kejayaan perkembangan ekonomi Malaysia disebabkan kerjasama
A antara sektor swasta dan awam serta pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi A
negara dan menjaga kebajikan masyarakat. Galakan pelaburan seperti taraf perintis untuk menggalakkan
R pelaburan asing ke negara kita telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Sebahagian besar R
sumber hasil kerajaan ialah kutipan cukai pendapatan serta cukai barang dan perkhidmatan yang digunakan
A untuk pembangunan ekonomi serta penyediaan pelbagai barang awam untuk rakyat Malaysia. Kadar cukai yang A
tinggi ke atas rokok dan arak telah berjaya mengurangkan penggunaan barang tersebut. Untuk memastikan
kebajikan rakyat berpendapatan rendah, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan seperti subsidi minyak,
N subsidi pendidikan tinggi serta bantuan sara hidup (BSH). Kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Persaingan N
Malaysia (Mycc) untuk memastikan persaingan sihat dalam kalangan pengeluar serta melindungi kepentingan
pengguna. Barangan seperti gula, garam, roti dan minyak masak telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai barang
kawalan untuk menghindari perbuatan sorokan serta memastikan bekalan barang sentiasa mencukupi. Kerajaan
juga menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi dengan kos yang rendah berbanding dengan kemudahan
P pendidikan sektor swasta yang terlalu tinggi. Ini membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah P
mampu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Pelbagai projek perumahan seperti Projek
B Perumahan Rakyat (PPR) serta pembinaan rumah kos rendah membantu rakyat berpendapatan rendah supaya B
memiliki rumah sendiri.
D (a) Kenal pasti jenis campur tangan kerajaan dalam ekonomi Malaysia. D
9
(b) Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan bercampur tangan dalam ekonomi? Berikan
alasan anda.
PENTAKSIRAN Menguasai Belum Menguasai Tandatangan Guru: PENTAKSIRAN Menguasai Belum Menguasai Tandatangan Guru:
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14 15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

