Page 24 - Hybrid PBD 2022 Tingkatan 4 - Ekonomi
P. 24

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Pengenalan kepada Ekonomi
                  (d)  Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah firma pengeluaran kasut.

                 m/s 17-18  Syarikat Warta Berhad mengeluarkan kasut sukan yang berkualiti tinggi dengan menggunakan
                        peralatan yang diimport dari Korea.

                      Jelaskan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma tersebut.   [4 markah]




              Bahagian B
                1.  Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Nageh.

                    Encik Nageh merupakan seorang pekebun getah kecil di Kuala Selangor. Beliau mempunyai tanah
                    seluas  50  hektar,  lima orang pekerja  dan  sebuah  lori  kecil  yang digunakan  untuk  menghantar
                    kepingan  getah ke kilang getah berdekatan.  Disebabkan  harga  getah yang semakin  merosot,
                    Encik Nageh bercadang untuk melaksanakan satu daripada empat pilihan, iaitu pilihan A dengan
                    meneruskan pengeluaran getah sedia ada sebanyak 120 tan setahun, pilihan B ialah menghasilkan
                    40 tan getah dan 80 tan kelapa sawit, pilihan C ialah mengeluarkan 20 tan getah dan 100 tan kelapa
                    sawit serta pilihan D ialah mengeluarkan 120 tan kelapa sawit.


                  (a)  Bolehkah Encik Nageh dianggap sebagai usahawan? Berikan alasan anda.     [4 markah]
                                                                                           KBAT  Menganalisis

                  (b)  Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Nageh sebagai pemilik ladang.   [6 markah]
                                                                                           KBAT  Menganalisis
                  m/s  11 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  (c)  Maklumat di bawah berkaitan dengan sumber air.

                        Kajian di Malaysia menunjukkan permintaan sumber air dijangka meningkat daripada 17.4
                        bilion  meter padu pada tahun 2015  kepada 21.1  bilion  meter padu menjelang tahun  2050.
                        Pencemaran alam seperti  pencemaran air  serta  kemusnahan  kawasan  hutan  akan  memberi
                        kesan besar kepada bekalan air negara yang mungkin menyebabkan kekurangan bekalan air
                        untuk menampung permintaan air negara.

                      Jelaskan kesan kepada ekonomi negara jika bekalan air sedia ada gagal menampung permintaan
                      air negara.                                                              [10 markah]
                                                                                              KBAT  Menilai

                2.  Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti pengeluaran di Pekan, Pahang.

                    Bandar Diraja, Pekan telah dibangunkan sebagai hub otomobil negara yang menempatkan
                    beberapa syarikat pengeluaran kereta multinasional  yang menggunakan kaedah intensif modal
                    sepenuhnya.

                  (a)  Jelaskan maksud intensif  modal.                                         [4 markah]










              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29