Page 39 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Fizik
P. 39

Fizik SPM  Bab 2 Daya dan Gerakan I
         Kesan Daya Impuls dalam Kehidupan                   yang berjisim besar dan bergerak dengan halaju
           1.  Semasa perlanggaran, sebuah kereta            yang tinggi mengalami perubahan momentum
             mengalami perubahan momentum yang besar         yang besar dalam masa yang singkat apabila
             dalam masa yang singkat. Daripada persamaan     terkena pada lantai yang keras. Daya impuls
                   perubahan momentum                        besar yang dihasilkan dapat memecahkan jubin
             F =                      , daya impuls          itu.
                          masa
             yang dikenakan pada kereta itu adalah sangat
             besar sehingga menyebabkan kerosakan yang
             serius dan  juga membahayakan penumpang
             di dalamnya.
           2.  Mangkuk  akan  pecah  apabila terjatuh ke                                   Bab         Bab
             atas lantai. Hal ini kerana mangkuk itu telah                Rajah 2.82
             mengalami perubahan momentum yang besar                                                  2
             dalam masa yang sangat singkat apabila     Kesan Masa ke atas Magnitud Daya
             terkena  permukaan  lantai.  Dengan itu, daya   Impuls
             impuls  yang  dikenakan  ke  atas pinggan  itu
             adalah sangat besar.                         1.  Pertimbangkan formula bagi daya impuls
                                                                 mv – mu    Perubahan momentum
                                                             F =    t     =        Masa

                                                             Jika  perubahan  momentum  itu  adalah  malar,
                                                             magnitud daya impuls adalah berkadar
                                                                                           1
                                                             songsang dengan masa, iaitu, F ∝  .
                                                                                           t
                                                                             1
                                                          2.  Oleh kerana  F  ∝  , semakin  pendek masa
                                                                              t
                          Rajah 2.81                         impak, semakin besar daya impuls. Semakin
           3.  Jubin lantai di rumah dapat dipecahkan oleh   panjang masa impak,  semakin kecil  daya
             tukul besi yang terjatuh ke atasnya. Tukul besi   impuls.

                      SPM
            Mentor   SPM

          Pada masa kini, industri pembungkusan kian menjadi penting. Industri tersebut memerlukan kepakaran dalam bidang
          sains bahan serta reka bentuk untuk menghasilkan bahan dan bentuk bungkusan yang sesuai untuk pelbagai jenis
          kegunaan. Bungkusan-bungkusan harus dapat melindungi bahan-bahan di dalamnya daripada daya-daya luar.
          Industri pembungkusan memerlukan pakar-pakar untuk mereka bentuk bahan-bahan pembungkusan yang dapat
          melindungi  bahan-bahan  dari kerosakan.  Rajah  2.83 dan 2.84 menunjukkan  dua  contoh pembungkusan  untuk
          komputer  dan  telur  masing-masing. Cadangkan  ciri-ciri  bahan  yang  sesuai  untuk menjadi  pembungkus  supaya
          proses pengangkutan dan penyimpanan komputer dan telur menjadi selamat.



                                         Kotak
                                         Komputer
                                         Polistirena
                                                                   Pembungkus  Telur
                                                                   kadbod
                           Rajah 2.83                         Rajah 2.84

           Jawapan:
           Barang-barang yang mudah pecah boleh dibungkus dengan polistirena atau bahan-bahan lain yang lembut tetapi
           tegar. Jika terjatuh atau terketuk, bahan bungkusan akan menyerap daya impuls itu. Permukaan yang lembut akan
           mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan masa perubahan momentum.



                                                                                              55






  02 SPM FIZIK F4 new.indd   55                                                               22/11/2019   12:31 PM
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44