Page 23 - Focus SPM 2022 - Fizik
P. 23

Fizik SPM  Bab 2 Daya dan Gerakan I

                  2.  Graf tempoh, T melawan jisim, m.

                                  T / s


                               0.70
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                               0.60

          T
          i
                               0.50
          n
          g
          k
          a
          t
                               0.40
          a
          n
          4
                               0.30                                                m / g
                                  0     10    20    30    40    50    60    70
                                                        Rajah 2.48
                Perbincangan:
                  1.  Dari graf tempoh lawan jisim yang dilukis didapati bahawa semakin besar jisim beban, semakin
                    besar tempoh ayunan bilah gergaji.
                  2.  Hal ini juga bermaksud, semakin besar jisim suatu objek, semakin besar inersianya. Oleh itu
                    hipotesis diterima.
                Kesimpulan:
                Apabila jisim sesuatu objek bertambah, semakin susah untuk mengubah keadaan kedudukannya sama
                ada pegun atau bergerak. Hal ini bermaksud inersia sesuatu objek bertambah dengan pertambahan
                jisimnya.
                Langkah berjaga-jaga:
                Tempoh ayunan ialah satu nilai yang sangat kecil dan sukar diukur dengan jitu secara terus. Oleh itu,
                masa diambil untuk 10 ayunan lengkap diukur dan nilai ini dibahagikan dengan 10 untuk menentukan
                masa untuk satu ayunan lengkap, iaitu, tempoh. Kaedah ini akan meningkatkan kejituan pengukuran
                masa.
                Pengukuran masa diulangi dan nilai purata diambil untuk mengurangkan ralat rawak.



              Hukum Gerakan Newton Pertama                      4.  Suatu objek yang bergerak dengan halaju
                                                                  seragam akan tetap bergerak dengan halaju
                1.  Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatakan   seragam sepanjang garis lurus. Daya luar mesti
                   dalam hukum gerakan Newton pertama.            ditindakkan ke atas objek bagi mengubahkan
                                                                  keadaan itu.
                2.  Hukum gerakan Newton pertama menyatakan
                   bahawa sesuatu objek  akan kekal dalam       5.  Hukum gerakan Newton ditemui oleh Sir Isaac
                   keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun     Newton (1642 – 1727). Beliau telah menulis
                   atau keadaan gerakan dengan halaju seragam     sebuah buku ‘Philosophiae Naturalis Principia
                   jika tiada daya luar bertindak ke atas objek   Matematica’ yang menjadi asas kepada bidang
                   itu.                                           mekanik. Buku ini juga menerangkan banyak
                                                                  hukum yang penting, termasuk hukum gerakan
                3.  Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun.    Newton I, II, dan III.
                   Satu daya luar diperlukan untuk menggerakkan
                   objek itu.

                 38






         02 SPM FIZIK F4 new.indd   38                                                                 29/01/2021   8:02 AM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28