Page 64 - Focus SPM 2022 - Fizik
P. 64
Fizik SPM Bab 4 Keelektromagnetan
4. Prosedur 2 diulang tetapi dengan menggunakan dua batang magnet yang diikat sama kutub.
5. Prosedur 2 diulang tetapi dengan menolak batang magnet yang sama dengan pantas.
6. Prosedur 2 diulang tetapi dengan menggantikan solenoid 1200 lilitan pula.
Pemerhatian:
Sebarang pemerhatian direkodkan dalam Jadual 4.4
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Jadual 4.4
Bilangan Bacaan maksimum galvanometer /V
Bilangan Kelajuan lilitan
magnet magnet Cubaan Cubaan Purata
solenoid pertama kedua
1 Perlahan 600 0.2 0.3 0.25
2 Perlahan 600 0.4 0.5 0.45
1 Pantas 600 0.3 0.5 0.40
1 Perlahan 1200 0.3 0.4 0.35
Analisis:
1. Apabila bilangan magnet ditambah, maka kekuatan medan magnet juga bertambah d.g.e yang
dihasilkan juga bertambah.
2. Apabila kelajuan magnet bertambah, kadar pemotongan fluks juga bertambah, maka d.g.e juga
bertambah.
3. Bilangan lilitan solenoid yang banyak menyebabkan pemotongan fluks yang banyak, maka d.g.e
yang dihasilkan juga lebih besar.
Kesimpulan:
1. Semakin tinggi kekuatan magnet, semakin tinggi d.g.e aruhan yang dapat dihasilkan.
2. Semakin tinggi kelajuan gerakan magnet, semakin tinggi d.g.e aruhan yang dapat dihasilkan.
3. Semakin banyak bilangan lilitan solenoid, semakin tinggi d.g.e aruhan yang dapat dihasilkan.
Hukum Faraday
1. Dalam Aktiviti 4.2, boleh diperhatikan bahawa d.g.e aruhan bertambah apabila:
(a) Kelajuan pergerakan magnet bertambah.
(b) i Bilangan solenoid yang digunakan bertambah
T
T
i
(d) g Medan magnet bertambah.
n
n
g
2. Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan pemotongan fluks lebih banyak dan kerap.
k
k
a
a
t
t
3. Maka, berdasarkan Hukum Faraday, arus aruhan yang terhasil juga bertambah.
a
a
5 Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitud arus aruhan adalah berkadar langsung dengan
n
n
kadar pemotongan fluks magnet.
Arah Arus Aruhan
1. Arah arus aruhan dalam satu dawai lurus dapat ditentukan dengan menggunakan petua tangan kanan
Fleming.
2. Penentuan kutub dalam solenoid pula ditentukan mengikut Hukum Lenz.
378
04 SPM FIZIK F5.indd 378 23/07/2021 10:08 AM

