Page 18 - TOP ONE SEJARAH TG2
P. 18
Sejarah Ting. 2 KSSM Bab 1 Kerajaan Alam Melayu
SUDUT PAK–21
Kerusi Panas
Bab 1 Kerajaan Alam Melayu
Subtopik 1.1 Konsep Alam Melayu
Hasil Di akhir pelajaran, murid-murid dapat menjelaskan konsep Alam Melayu dan
Pembelajaran menyenaraikan persamaan budaya serumpun masyarakat Alam Melayu.
Untuk menggalakkan murid berinteraksi dan meningkatkan pemahaman
Objektif
tentang konsep Alam Melayu daru sudut geografi, bahasa dan budaya.
Prosedur guru:
1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi salah satu tajuk berikut:
• Konsep Alam Melayu dari sudut geografi
• Konsep Alam Melayu dari sudut bahasa
• Konsep Alam Melayu dari sudut budaya
3. Perbincangan dalam kumpulan hendaklah merangkumi tokoh yang
Aktiviti mengemukakan pandangan tentang konsep Alam Melayu dan karya yang
dihasilkan oleh tokoh tersebut.
4. Seorang ketua akan mewakili kumpulannya dan duduk di kerusi yang
disediakan di hadapan kelas.
5. Dia akan menjadi “pakar” untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan oleh murid-murid daripada kumpulan yang lain.
6. Semasa aktiviti, murid-murid lain akan membuat catatan.
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 Top ONE KSSM Sejarah Tg2.indd 13 11/29/19 12:44 PM

