Page 7 - TOP ONE SEJARAH TG2
P. 7
Sejarah Ting. 2 KSSM Bab 1 Kerajaan Alam Melayu
Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur
• Kerajaan Funan. Diasaskan oleh Kaundinya.
Masyhur semasa pemerintahan Fan Shih-man.
U
• Kerajaan Champa. Diasaskan oleh Chu-Lien CHAMPA
pada tahun 192 M. Pusat kerajaan Champa
terletak di Indrapura. Angkor
• Kerajaan Srivijaya. Diasaskan sekitar abad ke-7 M FUNAN
oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa di Palembang Takua Pa Oc-Eo
pada tahun 683 M. Kuttaraja Langkasuka
• Kerajaan Angkor. Diasaskan oleh Jayavarman II Pasai SELAT MELAKA Kataha LAUT CHINA SELATAN
dari Chenla dan berpusat di Hariharalaya.
• Kerajaan Majapahit. Berpusat di Kota Trowulan. SRIVIJAYA
Diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan Temasik Kutei
tentera Mongol. Melayu
Jambi
• Kerajaan Kedah Tua. Berkembang apabila Palembang
masyarakat di Guar Kepah menjalankan kegiatan LAUTAN HINDI
perdagangan dengan pedagang luar di Sungai Mas. MAJAPAHIT
• Kerajaan Gangga Nagara. Pusat kerajaan ialah Mataram Singhasari
di Pangkalan. Pengasas kerajaan ialah Raja Ganji
Sarjuna, namun ada pendapat lain mengatakan
kerajaan ini dibuka oleh Raja Khmer dari
Kemboja.
Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman
• Abad pertama – Kerajaan Funan sezaman dengan Dinasti Han, empayar Rom, empayar Parsi dan empayar
Kushan.
• Abad kesembilan – Kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan Dinasti Tang, kerajaan Chola,
empayar Byzantine dan kerajaan Abbasiyah.
• Abad ke-14 – Angkor, Champa dan Majapahit sezaman dengan Kesultanan Delhi, empayar Mongol dan
kerajaan Turki Uthmaniyah.
• Hubungan perdagangan
Kedudukan kerajaan Alam Melayu strategik di laluan perdagangan Timur dan Barat. Kekayaan hasil bumi seperti
emas dan bijih timah menjadikan kerajaan Alam Melayu tumpuan pedagang asing. Perkembangan hubungan
perdagangan menunjukkan amalan sikap keterbukaan pemerintah kerajaan Alam Melayu.
• Hubungan keagamaan
Penyebaran agama Hindu, Buddha, dan Islam mempengaruhi aspek kehidupan masyarakat seperti perundangan,
pentadbiran, ekonomi, dan sosiobudaya. Agama Hindu disebarkan ke Alam Melayu melalui peranan pedagang,
tentera, dan Brahmin. Pemerintah empayar Maurya, iaitu Asoka menghantar sami Buddha ke Alam Melayu
untuk menyebarkan agama Buddha. Islam tersebar ke Alam Melayu melalui peranan pedagang, pemerintah,
dan pendakwah.
• Hubungan diplomatik
– China
➤ Funan menghantar utusan pada abad ketiga bertujuan memohon bantuan ketenteraan untuk menewaskan
Dai Viet. Champa menghantar utusan pada abad ketiga bertujuan memulihkan hubungan setelah
berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet. Srivijaya menghantar utusan pada abad ketujuh bertujuan
mendapatkan pengiktirafan, menjalin hubungan perdagangan, dan persahabatan. Kedah Tua menghantar
utusan pada abad ketujuh bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan. Angkor menghantar utusan
pada abad ke-12 bertujuan menjalinkan hubungan persahabatan dan perdagangan. Majapahit menghantar
utusan pada abad ke-14 bertujuan menjalinkan hubungan perdagangan.
– India
➤ Funan menghantar utusan pada abad ketiga untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan.
Srivijaya menghantar utusan pada abad kesembilan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan
keagamaan. Angkor menghantar utusan pada abad ke-12 untuk mengeratkan hubungan persahabatan.
Majapahit menghantar utusan pada abad ke-14 untuk mengeratkan hubungan persahabatan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
01 Top ONE KSSM Sejarah Tg2.indd 2 11/29/19 12:43 PM

