Page 16 - Britannica 10 - Air
P. 16
Tsunami
Kelajuan tsunami menyamai kelajuan kapal terbang, iaitu boleh mencapai 800 km.
Tingginya pula melebihi 20 meter. Bagaimanakah tsunami terjadi?
Bagaimanakah tsunami terjadi?
Tsunami ialah ombak besar yang disebabkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi di dasar
laut. Perkataan tsunami berasal daripada bahasa Jepun, iaitu “tsu” yang bermaksud pantai dan “nami”
yang bermaksud ombak. Dalam Persidangan Saintifik Antarabangsa pada tahun 1963, perkataan ini telah
diumumkan sebagai istilah antarabangsa. Gempa bumi yang berukuran 7 pada skala richter atau lebih akan
menggerakkan plat tektonik. Gegaran itu akan menolak suatu isi padu air laut ke atas lalu menghasilkan
kocakan yang menyebabkan gerakan ombak yang laju. Ombak ini akan semakin tinggi apabila menghampiri
pantai. Ketinggian ombak yang meningkat secara tiba-tiba menyebabkan air di pantai surut ke laut selama
beberapa ketika sebelum ombak ini tiba dan melanda pantai. Ombak yang berketinggian melebihi 20 meter
boleh memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa apabila melanda pantai.
1 Gempa bumi dasar 2 Ombak bergerak 3 Ketinggian ombak
laut menolak air laut ke
dengan kelajuan meningkat apabila
atas lalu menyebabkan 500 – 1 000 km/j. menghampiri pantai.
tsunami berlaku.
Kemusnahan yang disebabkan oleh tsunami
Gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman pada 26
Disember 2004 telah menghasilkan tsunami yang meragut
kira-kira 280 000 nyawa dan memusnahkan petempatan di
sepanjang pantai di Sumatera, Thailand, Bangladesh, Malaysia
dan India. Selain itu, pada Mac 2011, gempa bumi 9.0 skala
richter melanda timur laut Jepun dan turut menyebabkan
tsunami berlaku. Kira-kira 20 000 orang dilaporkan terkorban
dan hilang dalam kejadian tersebut.
Bahagian timur laut Jepun selepas dilanda
tsunami.
BritannicaV10_P26-P67_CH02_BM.indd 33 01/04/2019 10:37 AM

