Page 48 - Britannica 10 - Air
P. 48
Glasier di Antartika dan Artik
Antartika dan Artik yang dilihat dari jauh kelihatan berwarna putih. Hal ini kerana lautan
kedua-duanya turut diliputi glasier. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara
glasier di Antartika dan Artik.
Glasier di daratan dan glasier yang terapung di lautan
Perbezaan terbesar antara Antartika dan Artik ialah Antartika merupakan benua, manakala Artik
sebahagian besar kawasannya terdiri daripada lautan. Selain itu, suhu purata di Antartika kira-kira –50°C,
manakala di Artik pula kira-kira –30°C. Suhu di Artik lebih tinggi kerana Matahari menyinari kawasannya dan
ini juga menyebabkan glasier mencair. Oleh sebab itu, glasier di Antartika lebih besar dan tebal daripada
glasier di Artik.
Saiz pentas ais
Glasier bergerak secara perlahan-lahan dari
tempat tinggi ke laut sehingga membentuk bahagian
yang bersambung dengan laut dan terapung di
permukaannya. Ini dipanggil pentas ais. Purata
ketebalan pentas ais di Antartika kira-kira 475 meter
dan boleh mencapai 900 meter, iaitu 10% daripada
keluasan keseluruhan glasier. Pentas ais di Artik pula
kebanyakannya terdapat di Greenland dan pulau
yang berhampiran dengan Kanada, tetapi saiznya
lebih kecil daripada pentas ais di Antartika.
Pentas ais Ross
Pentas ais terbesar di dunia dengan keluasan mencapai
527 000 km².
Bentuk aisberg
Aisberg ialah bongkah ais yang sangat besar yang terapung-apung di permukaan laut. Berdasarkan
bentuknya, aisberg boleh dibahagikan kepada rata, tidak teratur dan bulatan. Aisberg di Antartika biasanya
terbentuk daripada pemisahan pentas ais dan bahagian atasnya rata. Aisberg di Artik terbentuk daripada
pemecahan pentas ais dan bentuknya tidak teratur. Saiz aisberg yang rata lebih besar daripada aisberg
yang tidak teratur.
Aisberg yang rata Aisberg yang tajam
BritannicaV10_P26-P67_CH02_BM.indd 65 01/04/2019 10:39 AM

