Page 24 - Focus PT3 2020 - Sains (BM)
P. 24
Sains PT3 Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Pemerhatian:
Biru tua
Kawasan
T
T
hijau (kehadiran kanji)
i
i
n
n
Kawasan
g
g
k
k
putih Perang
(tiada kanji)
a
a
t
t
a
a
Rajah 2.21 Lakaran keputusan ujian kanji ke atas daun bervariegasi
n
n
1 Perbincangan:
1. Daun bervariegasi ialah daun yang mempunyai perbezaan dalam pempigmenan yang disebabkan oleh
gangguan genetik atau virus terhadap berpigmenan yang biasa.
2. Kanji hanya hadir di kawasan hijau daun yang mengandungi klorofil.
3. Kanji tidak hadir di kawasan bukan hijau daun kerana tiada klorofil.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Klorofil diperlukan untuk fotosintesis.
Eksperimen 2.4
Eksperimen 2.4
Eksperimen 2.1
Eksperimen 2.1
Pernyataan masalah: Adakah air diperlukan dalam proses fotosintesis?
Hipotesis: Air diperlukan untuk fotosintesis.
Tujuan: Mengkaji keperluan air untuk fotosintesis.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran air
Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan
Tumbuhan hijau P Tumbuhan hijau Q
Bahan dan radas: Dua tumbuhan hijau berpasu yang sama jenis, air,
tabung didih, jubin putih, alkohol, larutan iodin dan air panas. Rajah 2.22 Susunan radas
Prosedur:
1. Dua tumbuhan hijau berpasu disediakan dan diletakkan di bawah cahaya matahari.
2. Tumbuhan hijau P disiram air setiap hari manakala tumbuhan hijau Q tidak disiram air.
3. Selepas seminggu, daun daripada kedua-dua tumbuhan dipetik dan dijalankan ujian kanji.
Pemerhatian:
Kehadiran Pemerhatian ujian
Daun Inferens
air kanji
Tumbuhan hijau Ya Bertukar menjadi Fotosintesis berlaku dalam daun tumbuhan
P biru tua. yang disiram air setiap hari.
Tumbuhan hijau Tidak Tiada perubahan. Fotosintesis tidak berlaku dalam daun
Q tumbuhan yang tidak disiram air.
Perbincangan:
Kanji hadir dalam daun tumbuhan hijau P yang disiram air setiap hari tetapi tidak hadir dalam daun tumbuhan
hijau Q yang tidak disiram air.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Air diperlukan untuk fotosintesis.
42
02 Focus PT3 Sains Tg1.indd 42 09/10/2019 10:46 AM

