Page 55 - Hybrid PBD KSSM 2021 Tg 5 - Sejarah
P. 55
Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Pengukuhan Kedaulatan Negara
BAB
3 Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
FOKUS TOPIK
Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Beraja Sebelum Perang Semasa Pendudukan
Kesultanan Melayu Melaka Dunia Kedua Jepun
Selepas Perang Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Dunia Kedua Berparlimen Selepas Merdeka
Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
• Pembentukan Durbar NNMB
– Dibentuk pada 1897 sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British.
• Majlis Sultan-sultan semasa Malayan Union (The Council of Sultans)
– Dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union.
– Ahli majlis terdiri daripada 9 orang Raja Melayu dan 3 pegawai kanan British.
– Berfungsi untuk membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam dan menasihati Gabenor tentang
perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu.
– Tidak dapat diwujudkan kerana penentangan terhadap Malayan Union.
• Majlis Raja-Raja semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948
– Ditubuhkan secara rasmi apabila Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union.
– Majlis ini dilengkapi kuasa dan sekretariat, sesuai dengan kedudukan dan peranannya.
– Diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu, Pengerusi ditentukan dalam kalangan 9 orang Raja-raja Melayu.
– Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memeterai keputusan
persidangan.
• Majlis Raja-Raja selepas merdeka
– Peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan.
– 1957 – Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli.
– 1963 – Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli.
– Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti pemilihan Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
Bab 3.indd 24 12/1/21 2:39 PM

