Page 20 - Praktis Pintar 2022 Thn 4 Sejarah
P. 20
Sejarah Tahun 4 Praktis 9 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan
9.3
Halaman Buku Teks: 124 – 125
4. Lengkapkan pengembaraan Parameswara sebelum mengasaskan kerajaan Melaka. TP 3
Muar Temasik Palembang Sungai Bertam Sening Ujong
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
A B C
D E
5. Susun semula peristiwa di bawah (No.1 – No.8) dengan betul. TP 3
(a) Parameswara meneruskan perjalanannya sehingga tiba di Sening Ujong dan
melantik seorang wakil pemerintah. Parameswara dan pengikutnya belayar
meninggalkan Sening Ujong dan sampai ke muara Sungai Bertam.
(b) Parameswara mendapati kedudukan Temasik strategik dan sesuai untuk
dijadikan kerajaan.
(c) Parameswara dan pengikutnya tiba di Temasik dan bertemu Temagi yang
menjadi wakil kerajaan Siam memerintah Temasik.
(d) Kedatangan Parameswara disambut baik oleh Temagi dan diizinkan menetap
di Temasik.
(e) Parameswara merancang untuk menjadi pemerintah di Temasik lalu
membunuh Temagi.
(f) Kerajaan Siam marah dengan peristiwa tersebut kerana Temasik di bawah
naungan Siam dan menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang
Parameswara di Temasik.
(g) Selepas mengetahui Siam akan menyerang Temasik, Parameswara dan
pengikutnya berundur ke Muar.
(h) Selepas menetap di Muar, Parameswara mendapati Muar tidak sesuai
dijadikan pusat pemerintahan.
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

