Page 8 - Praktis Pintar 2022 Thn 4 Sejarah
P. 8
Sejarah Tahun 4 Praktis 1 Mengenali Sejarah
Kaedah Penyelidikan Sejarah
• Kaedah lisan
Mendapatkan maklumat sejarah melalui temu bual dengan orang sumber
yang terdiri daripada mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah,
melihat atau mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain.
• Kaedah bertulis
Mendapatkan maklumat daripada tulisan dan lakaran yang diperoleh
daripada dinding gua, batu, kulit kayu dan bahan bercetak.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Kaedah arkeologi
Mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses
gali cari (ekskavasi). Contohnya tembikar, fosil, barangan logam dan kulit
siput. Arkeologi maritim (bawah air) merupakan proses mendapatkan
maklumat dari dasar laut seperti kapal karam, artifak dan struktur purba.
Ruang dan Masa
• Dekad – Tempoh selama 10 tahun
• Abad – Tempoh selama 100 tahun
• Alaf – Tempoh selama 1000 tahun
• Zaman Sebelum Masihi (SM) – Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
• Zaman Masihi – Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah
• Setiap peristiwa sejarah mempunyai sebab dan akibat.
• Kajian tentang sebab dan akibat akan memudahkan kita memahami peristiwa sejarah.
• Sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah akan melahirkan perasaan ingin tahu tentang mengapa
dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesannya untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.
• Contoh peristiwa yang menunjukkan sebab dan akibat:
Sebab Akibat
Rundingan Tunku Abdul Rahman Persekutuan Tanah Melayu
dengan British pada 8 Februari 1957 merdeka pada 31 Ogos 1957
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2

