Page 42 - Hybrid PBD 2021 Form 2 - Pendidikan Islam
P. 42
Pendidikan Islam Tingkatan 2 Pelajaran 14
PBD
PBD 4.8.4 Syarat Solat Berjemaah Buku Teks ms. 93
PBD
4. Jelaskan syarat solat berjemaah. SP 4.8.4 TP4
(a) Makmum berniat mengikut imam.
(b) Makmum mengetahui pergerakan imam.
(c) Kedudukan makmum di belakang imam, iaitu tumit makmum mesti di belakang tumit imam.
(d) Pergerakan makmum mengikut semua rukun fe’li imam selepas sempurna pergerakan
imam.
(e) Jarak di antara saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak boleh
melebihi 150 meter (300 hasta).
PBD
PBD 4.8.5 Perbezaan antara Makmum Muafik dan Makmum Masbuk Buku Teks ms. 94
PBD
5. Jelaskan perbezaan antara makmum muafik dengan makmum masbuk. SP 4.8.5 TP5
Makmum muafik
(a) Makmum yang sempat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama imam sebelum
imam rukuk pada rakaat pertama.
Makmum masbuk
(b) Makmum yang tidak sempat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama imam
sebelum imam rukuk pada rakaat pertama. Jika sempat rukuk dan tama’ninah bersama-sama dengan
imam, makmum mendapat rakaat tersebut.
6. Lakukan aktiviti di bawah. TP6 KBAT Menganalisis GURU Kuiz
GURU
AKTIVITI PAK-21 Tiga Bergerak Satu Kekal
(a) Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.
(b) Guru memberikan tajuk “Hikmah Solat Berjemaah ”.
(c) Murid berbincang tentang tajuk yang diberikan.
(d) Hasil dapatan perlu ditampal di hadapan kelas.
(e) Seorang ahli kumpulan akan tinggal di stesen pembentangan untuk memberikan penerangan.
(f) Ahli lain boleh bergerak untuk melihat hasil kerja kumpulan lain.
Kriteria Kejayaan: ............................................................................................ .
Saya berjaya:
• menjelaskan syarat solat berjemaah
• menjelaskan perbezaan antara makmum muafik dengan makmum masbuk
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 65 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
14 HYBRID ISLAM TG2 1P.indd 65 06/09/2021 5:06 PM

