Page 18 - Ranger PT3 Sains 2020
P. 18
Sains PT3 Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan
Perbezaan antara Proses Respirasi Sel dengan Fotosintesis
1. Rajah 2.10 menunjukkan perbezaan antara proses respirasi sel dengan fotosintesis.
Respirasi sel Aspek Fotosintesis
Mitokondria Tempat berlaku Kloroplas
Melibatkan pembebasan Penyerapan / Melibatkan penyerapan tenaga
tenaga pembebasan tenaga
Makanan Sumber tenaga Cahaya matahari
Berlaku dalam organisma
Semua organisma dan Organisma tumbuhan dan mikroorganisma
mikroorganisma terlibat
yang berwarna hijau sahaja
Glukosa diuraikan untuk Perubahan Disintesiskan glukosa
1
penghasilan tenaga kepada glukosa
Karbon dioksida, air dan Hasil akhir Oksigen dan glukosa
tenaga
Berlaku hanya dengan
Berlaku sepanjang masa Tempat proses
kehadiran cahaya
Rajah 2.10 Perbezaan antara respirasi sel dengan fotosintesis
Proses Respirasi Sel dan Fotosintesis Saling Melengkapi
1. Proses respirasi sel menghasilkan karbon dioksida.
2. Gas karbon dioksida diserap oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis.
3. Tanpa gas karbon dioksida, tumbuhan tidak dapat menghasilkan oksigen dan glukosa.
4. Oksigen diserap oleh organisma hidup yang lain untuk proses respirasi sel.
5. Glukosa dimakan oleh organisma hidup yang lain dan diuraikan semasa respirasi sel.
6. Penguraian glukosa menghasilkan karbon dioksida yang digunakan semula oleh
tumbuhan.
Rajah 2.11 Respirasi sel dan fotosintesis
32 PB
02 Ranger sains PT3 Bab 2 Ting.1.indd 32 07/05/2019 2:13 PM

