Page 38 - Genius PBD - Matematik Thn5
P. 38
UNIT 3 Wang Bidang pembelajaran: Nombor dan Operasi
Nota
Visual
Nota Genius RM750 000 − 3 × RM208 074.25 =
1. Penyelesaian operasi asas bagi nilai wang sama seperti penyelesaian operasi asas
bagi nilai perpuluhan.
2. Penyelesaian operasi bergabung
Kes 1: Tanpa tanda kurung
(a) Tambah dan darab: Selesaikan operasi darab dahulu, diikuti operasi tambah
(b) Tolak dan darab: Selesaikan operasi darab dahulu, diikuti operasi tolak
(c) Tambah dan bahagi: Selesaikan operasi bahagi dahulu, diikuti operasi tambah
(d) Tolak dan bahagi: Selesaikan operasi bahagi dahulu, diikuti operasi tolak
Kes 2: Dengan tanda kurung
Selesaikan operasi dengan tanda kurung dahulu, diikuti operasi yang seterusnya dari kiri ke kanan.
3. Simpanan → Wang yang disimpan dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk penggunaan
ketika kita memerlukan wang disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
4. Simpanan boleh dibuat dengan mendaftar akaun simpanan di bank yang menyediakan perkhidmatan
tersebut. Simpanan yang dibuat di bank akan menerima faedah dengan kadar 1% hingga 2%
setahun.
5. Pelaburan → Wang yang digunakan untuk perniagaan tertentu dan akan memberikan keuntungan
kepada pelabur di masa hadapan. Wang yang telah dilaburkan tidak dapat
dikeluarkan pada bila-bila masa.
6. Pelaburan boleh dibuat dengan mendaftar akaun pelaburan di bank yang menyediakan
perkhidmatan tersebut. Pelaburan yang dibuat di bank akan menerima dividen atau bonus dengan
kadar melebihi 2% setahun.
7. Faedah mudah → Sejumlah wang yang diterima oleh seseorang setelah menyimpan wang di dalam
bank dalam tempoh yang tertentu.
8. Faedah kompaun → Sejumlah wang yang diterima oleh seseorang berdasarkan faedah daripada
wang simpanan yang tidak dikeluarkan dan terkumpul pada setiap tahun.
9. Kredit → Suatu pinjaman yang menjadi satu kemudahan dalam menangguhkan pembayaran bagi
sesuatu barangan yang dibeli atau sejumlah wang yang dipinjamkan oleh sebuah institusi
kewangan yang tertentu.
10. Hutang → Pinjaman tertentu yang perlu dibayar oleh seseorang. Info
Faedah
37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 Genius PBD MM Thn5_p37-50.indd 37 31/10/2022 10:15 AM

