Page 46 - Genius PBD - Matematik Thn5
P. 46

Tarikh:                                                         Matematik  Tahun 5  Unit 3 Wang


         MODUL PBD     3.4  Kredit	dan	pengurusan	hutang                              Buku Teks:  107 – 108
          SP 3.4.1    Menerangkan maksud kredit dan hutang.
          SP 3.4.2    Menerangkan perbezaan harga barangan sekiranya pembelian secara kredit dan tunai.

        	12.	 Padankan	maksud	dengan	istilah	yang	betul.	  SP 3.4.1

              (a)  Suatu   kemudahan     penangguhan
                  pembayaran  yang  diberikan  oleh                                    Hutang
                  pembekal kepada pembeli.


              (b)  Suatu  amaun  yang  telah  dipinjam
                  tetapi  belum  selesai  dibayar  kepada                               Kredit
                  pemberi pinjam.


        	13.	 Baca	pernyataan	berikut	dan	jawab	soalan.	  SP 3.4.2    TP 4

              Encik Firdaus ingin membeli sebuah televisyen yang berharga RM8 900. Namun, dia tidak
              mempunyai  wang  yang  mencukupi  untuk  membeli  televisyen  itu  secara  tunai.  Maka,
              dia memilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan dalam urusan pembelian
              tersebut.  Encik  Firdaus  perlu  membuat  bayaran  ansuran  bulanan  sebanyak  RM778.75
              selama setahun.

             (a)  Berapakah  jumlah  harga  yang  perlu  dibayar  oleh  Encik  Firdaus  untuk  membeli
                  televisyen tersebut?
                  Jumlah harga bayaran ansuran
                  = 12 × RM778.75
                  = RM9 345



             (b)  Hitung perbezaan harga televisyen itu antara pembelian secara kredit dan tunai.
                  Perbezaan harga bayaran
                  = RM9 345 – RM8 900
                  = RM445


             (c)   Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu kelemahan pembelian secara kredit.

                  Pembeli perlu membayar nilai harga yang lebih tinggi.










         TAHAP PENGUASAAN ( ) 1      2    3     4     5     6


                                                    45                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 03 Genius PBD MM Thn5_p37-50.indd   45                                                      31/10/2022   10:15 AM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51