Page 59 - Hybrid PBD RBT TG1_Edisi Guru
P. 59
RBT Tingkatan 1 Bab 3
6. Jalankan aktiviti di bawah. TP4 KBAT Menganalisis
AKTIVITI PAK-21 Travelling File
(a) Guru membahagikan kelas kepada empat kumpulan.
(b) Guru memberikan empat fail yang mengandungi satu soalan kes atau masalah yang perlu dibincangkan
oleh murid.
Contoh soalan:
Berikut adalah dua contoh produk rak kasut serba guna.
Produk A
Produk B
Berdasarkan rajah di atas, murid perlu membandingkan kedua-dua produk tersebut berdasarkan
fungsi dan jangka masa serta mempersembahkan data dalam bentuk jadual.
(c) Setiap kumpulan yang menerima fail akan berbincang dalam kumpulan sendiri dahulu untuk
menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 10 minit.
(d) Soalan dan jawapan akan dimasukkan semula ke dalam fail dan fail itu akan diedarkan kepada
kumpulan yang lain.
(e) Setiap kumpulan yang mendapat fail baharu daripada kumpulan lain dikehendaki membaca soalan
dan jawapan yang terdapat dalam fail tersebut. Selepas itu, jawapan tersebut akan dibincang,
ditambah, dihurai atau disunting.
(f) Setiap kumpulan boleh memberi respons kepada dua travelling file.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya berjaya
• Menyaring maklumat dalam projek brief dengan menganalisis maklumat senarai semak berdasarkan fungsi dan jangka masa
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36
Bab 03 Hybrid PBD RBT Tg1.indd 36 29/07/2021 10:53 AM

