Page 30 - Britannica 12 - Tumbuhan
P. 30

Jenis dan fungsi akar

            Apabila benih bercambah, akar akan masuk ke dalam tanah terlebih dahulu bagi
       menyokong tumbuhan. Nutrien yang dihasilkan oleh daun akan dihantar ke akar melalui
       batang. Akar juga boleh menyerap air dan garam mineral yang terdapat di dalam tanah
       dan menghantarnya ke setiap bahagian tumbuhan.




              Jenis-jenis akar

              Biasanya, akar tumbuhan dibahagikan kepada akar tunjang dan akar serabut. Di bahagian tengah
          akar tunjang dipanggil akar utama dan dikelilingi oleh akar sisi. Pokok bunga dandelion, pokok bunga
          matahari dan sebagainya ialah tumbuhan yang berakar tunjang. Akar serabut pula berambu-rambu dan
          bercabang kecil-kecil tanpa akar utama. Antara tumbuhan yang berakar serabut ialah pokok kelapa, setaria
          viridis, tradescantia dan sebagainya.






                                     Akar utama
                                      Akar yang                             Akar serabut
                                    tumbuh apabila                         Akar yang tumbuh
                                    benih tumbuhan                         daripada pangkal
                                     bercambah.                               batang.

                                      Akar sisi
                                    Akar kecil yang
                                   bercabang daripada
                                     akar utama.
               Akar tunjang                               Akar serabut

              Fungsi akar

                  Penyokong                  Penyerapan                Penyimpanan








          Pokok kelapa tidak tumbang apabila
          dilanda angin kencang.             Akar kaktus           Akar fusiform lobak merah
           Akar dilindungi oleh tanah   Tumbuhan yang hidup di kawasan   Sesetengah tumbuhan
           membolehkan tumbuhan      gurun  mempunyai  akar  yang  menyimpan nutriennya di dalam
           menentang angin kencang.   kuat dan dapat bertahan semasa  akar. Kebanyakan tumbuhan yang
           Semakin besar tumbuhan,   kemarau. Akar boleh menyerap  mempunyai akar begini boleh
           semakin kuat akarnya. Maka,   air dan nutrien yang terdapat di  dimakan.
           dapat menyokongnya daripada   dalam tanah dan menghantarnya
           tumbang.                  ke seluruh bahagian tumbuhan.








   BritannicaV12_P08-P37_CH01A.indd   29                                            7/31/2019   9:20:41 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35