Page 4 - Britannica 12 - Tumbuhan
P. 4

Coretan buat ibu bapa dan pelajar




                     Dahulu segala maklumat agak sukar diperoleh serta terbatas. Namun,
                zaman maklumat di hujung jari kini memudahkan pemerolehan segala
                informasi. Walaupun begitu, untuk memperoleh maklumat yang benar-
                benar bermanfaat adalah sangat mencabar.


                     Encyclopædia Britannica ialah ensiklopedia yang paling berwibawa
                di dunia. Ilmu pengetahuan dalam dunia manusia dibahagikan kepada 10
                bidang. Ensiklopedia ini merangkumi pengenalan terperinci tentang pelbagai
                bidang ilmu pengetahuan manusia, kisah tokoh-tokoh kontemporari dan
                fakta penting sejarah. Oleh sebab itu, kewibawaannya diiktiraf dunia.

                     Siri komik ini berasaskan Britannica Learning Library  yang diterbitkan
                oleh Encyclopædia Britannica, Inc. di Chicago, Amerika Syarikat. Komik ini
                disusun dengan teliti mengikut sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah
                dan menengah. Selain itu, maklumat dalam bentuk visual pula menunjukkan
                kandungannya bebas  daripada penerangan teks yang membosankan.
                Komik ini turut melampirkan pelbagai pengetahuan di halaman maklumat
                tambahan untuk memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Komik ini bukan
                sahaja menyediakan pengetahuan, malahan dapat memberikan keseronokan
                sepanjang pembacaan.





                Kelab Sains Sekolah Rendah
                Korea Selatan




















   BritannicaV12_P01-P07_INTRO_BM.indd   3                                          7/29/2019   9:37:52 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9