Page 20 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 6 - Sains
P. 20

Sains  Tahun 6  Unit 2 Manusia


                  2.2  Sistem Saraf
                                                                                            Otak
                 1.  Sistem  saraf    ialah  suatu  sistem  yang  mengawal  fungsi
                    semua  bahagian  tubuh  manusia.  Sistem  saraf  juga
                    memberitahu  tubuh  manusia  cara  untuk  bergerak  balas               Saraf tunjang
                    apabila bersentuhan dengan suatu rangsangan.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                 2.  Sistem saraf manusia terdiri daripada:                                 Rangkaian
                    (a)  Otak                                                               saraf
                    (b)  Saraf tunjang
                    (c)  Rangkaian saraf di seluruh tubuh
                 3.  Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu:
                    (a)  Sistem  saraf  pusat  iaitu  terdiri  daripada  otak  dan  saraf
                       tunjang
                    (b)  Sistem saraf periferi iaitu terdiri daripada rangkaian saraf.
                       Sistem saraf periferi dikawal oleh sistem saraf pusat.


                                                      Sistem saraf

                                         Sistem saraf pusat       Sistem saraf periferi


                     Otak – Mengkoordinasi                                           –  Menghantar
                     tindakan terkawal dan                                              isyarat daripada
                     tindakan luar kawal.                                               bahagian tubuh
                                                                                        ke sistem saraf
                                                                                        pusat
                                                                                     –  Menghantar
                   Saraf tunjang                                                        isyarat arahan
                   –  Membawa maklumat                                                  dari sistem saraf
                     daripada seluruh                                                   pusat ke seluruh
                     bahagian tubuh                                                     bahagian tubuh.
                     kepada otak dan
                     daripada otak                                                  Rangkaian saraf
                     kepada seluruh
                     bahagian tubuh.
                   –  Mengawal
                     sebahagian daripada
                     tindakan refleks.
                     Tindakan refleks
                     ialah tindakan
                     tanpa disedari yang
                     berlaku dengan
                     pantasnya.


                 4.  Sistem saraf sangat penting kepada manusia. Sistem saraf mengawal dan  mengkoordinasikan
                     fungsi pelbagai organ dan bahagian tubuh. Sistem saraf berkomunikasi dengan bahagian tubuh
                     yang berbeza melalui penghantaran isyarat.
                 5.  Antara  amalan  untuk  menjaga  sistem  saraf  ialah  makan  makanan  yang  seimbang,  elakkan
                     minuman  beralkohol,  tidur  yang  mencukupi,  memakai  alat  pelindung  tubuh  dan  melakukan
                     aktiviti harian dengan postur yang betul.



              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               12






         02 Mahir Sains Thn 6.indd   12                                                                14/03/2022   4:13 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25