Page 64 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 64

Geografi  Tingkatan 3  Bab 3
                  8.  Bincangkan  pengaruh  persekitaran  fizikal  terhadap  tumbuh-tumbuhan  semula  jadi  dan  hidupan  liar.
                        SP 2.1.2      SP 2.1.3      SP 2.1.4  TP5   KBAT  Menganalisis / Menilai


                             AKTIVITI                                                     PAK-21       Kerusi Panas
                         Tajuk: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

                         Langkah-langkah:
                         1.  Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.

                         2.  Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu kawasan di bawah.
                              Kawasan 1: Gurun Panas
                              Kawasan 2: Hutan Monsun Tropika                                            Hidupan Liar di
                              Kawasan 3: Hutan Konifer                                                   Kawasan Gurun
                                                                                                  INFO
                              Kawasan 4: Hutan Paya Air Masin

                         3.  Guru  akan  memberi  masa  20  minit  untuk  murid-murid  berbincang  dalam  kumpulan  tentang
                            pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan
                            tersebut.

                         4.  Murid perlu menyediakan bahan pembentangan yang sesuai.
                         5.  Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan kelas
                            dan menjadi “pakar”.

                         6.  “Pakar” ini akan menjawab semua soalan yang akan dikemukakan oleh murid lain dan membuat
                            justifikasi berkaitan tajuk pembentangan kumpulan masing-masing.




                  9.  Hasilkan  persembahan  yang  kreatif  dan  kritis  tentang  pengaruh  persekitaran  fizikal  terhadap  tumbuh-
                    tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.     SP 2.1.2      SP 2.1.3      SP 2.1.4    TP6   KBAT  Mencipta



                             AKTIVITI                                                     PAK-21       Persembahan

                         Tajuk: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
                         Langkah-langkah:

                         1.  Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.
                         2.  Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul maklumat dan gambar yang berkaitan dengan faktor
                            persekitaran fizikal yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

                         3.  Hasilkan karya yang kreatif dan menarik berdasarkan maklumat yang dikumpul. Contohnya:
                            (a)   poster bergambar
                            (b)  esei ringkas
                            (c)  buku skrap
                            (d)  risalah
                         4.  Persembahkan hasil karya setiap kumpulan di hadapan kelas.
                         5.  Guru akan membuat penilaian dan memberi maklum balas.



                                                                                                            GURU    Kuiz
                                                                                                            GURU

                  Kriteria Kejayaan:  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
                Saya berjaya:
                •  menghasilkan persembahan yang kreatif dan kritis tentang pengaruh persekitaran terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


                                                                  31                                  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         03 HYBRID PBD Geo Tg3_p25-35.indd   31                                                                     8/12/21   4:34 PM
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69