Page 36 - Focus PT3 2022 - Reka Bentuk Teknologi
P. 36
RBT PT3 Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan)
5. Model juga dibuat untuk mendapatkan gambaran produk dalam reka
bentuk tiga dimensi.
6. Model ialah satu objek yang menyerupai reka bentuk produk.
7. Model terbahagi kepada:
(a) Model statik – Model yang dihasilkan untuk melihat rupa bentuk
sebenar sesuatu produk. Model jenis ini tidak boleh bergerak. Penilaian
hanya boleh dinilai dari segi rupa bentuk, saiz, warna, dan proses
pembuatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(b) Model berfungsi – Model yang dihasilkan untuk menilai kefungsian
bahagian pada produk. Gambar foto 2.2
Contoh model
Perbandingan antara Teknologi Pembuatan Konvensional dengan Pembuatan
Moden dalam Proses Penghasilan Produk
1. Kita boleh memilih teknologi pembuatan konvensional atau pembuatan moden untuk
menghasilkan sesuatu produk.
2. Jadual di bawah boleh digunakan untuk membuat banding beza di antara teknologi pembuatan
konvensional atau pembuatan moden.
Jadual 2.1 Perbandingan antara pembuatan konvensional dengan pembuatan moden T
i
Perbandingan Pembuatan konvensional Pembuatan moden k
n
g
Masa Mengambil masa yang lama untuk Mengambil masa yang singkat untuk a
t
a
menyiapkan. menyiapkan. n
2
Hasil Bentuk tidak seragam atau tidak tekal. Bentuk seragam atau tekal.
Kos Kos tinggi jika berulang kali untuk Kos rendah untuk pengeluaran berskala
dibetulkan. besar.
Tenaga kerja Perlu tenaga kerja yang mahir. Perlu pengendali mesin yang mahir.
Kuantiti Kuantiti pengeluaran terhad. Kuantiti pengeluaran yang banyak.
Kualiti Tiada piawai tertentu. Mempunyai piawai yang ditetapkan.
Estetika Nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika yang terhad.
Gambar foto 2.3 Memotong Gambar foto 2.4 Memotong
kayu dengan kaedah kayu dengan kaedah moden
konvensional
145
2.1 FOKUS PT3 RBT Ting2.indd 145 13/12/2021 8:55 AM

