Page 26 - PWR UP TG1 P.SENI VISUAL
P. 26
POWER PAK-21PAK-21
POWER PAK-21
PO
POWER
WER
AKTIVITI PAK-21 Gallery Walk
Tajuk:
Menghasilkan motif dengan menggunakan teknik anyaman daripada kertas berwarna.
Objektif:
Mengaplikasikan pengetahuan untuk membuat penerokaan terhadap unsur garisan alam semula
jadi dan objek buatan manusia.
Alatan/bahan:
Kertas berwarna, gunting
Langkah-langkah:
1. Bahagikan kelas kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai empat orang.
2. Setiap kumpulan hendaklah menghasilkan empat motif yang berlainan menggunakan teknik
anyaman daripada kertas berwarna.
3. Setiap motif anyaman yang dihasilkan hendaklah diberikan nama.
4. Setiap kumpulan juga dikehendaki menyatakan proses penghasilan motif anyaman yang telah
dibuat.
5. Setelah siap, setiap kumpulan hendaklah menampal hasil kerja di sudut kelas untuk dilihat
oleh kumpulan lain.
6. Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen mengenai hasil kerja kumpulan lain
pada ‘sticker note’ dan menampal pada hasil kerja tersebut.
7. Wakil setiap kumpulan akan membincangkan komen yang diberikan.
Contoh anyaman
kincir angin Tangga gerak
Gelas
Kuiz 2
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
T02 POWER UP! PSV TG. 1.indd 14 11/09/2020 8:40 AM

