Page 58 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 58
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 5 Kebersihan Diri dan Persekitaran
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Membaca
Halaman Buku Teks: 32
Standard Pembelajaran
2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat rumusan.
Baca dan teliti kandungan petikan di bawah. Kemudian, buat rumusan. KBAT Menganalisis
KBAT
Pada minggu lepas, sekolah Amin telah menganjurkan Kempen Hidup Sihat. Program itu
bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran secara lebih dekat kepada murid-
murid, guru-guru, dan ibu bapa tentang amalan hidup sihat. Kesedaran tentang kepentingan
amalan hidup sihat perlu bagi mendapatkan kehidupan yang sejahtera kerana otak yang
cerdas ada pada badan yang sihat.
Kempen ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia, iaitu
Profesor Dr. Barbar Khan. Dalam ucapannya, beliau menyarankan semua murid dan
kakitangan daripada berbagai-bagai peringkat umur agar mengutamakan aktiviti riadah
seperti berjoging dan bersenam.
Majlis dimulakan dengan senamrobik berirama. Selepas itu, majlis diserikan oleh
persembahan gimrama oleh kanak-kanak prasekolah. Dengan memakai pakaian yang
berwarna-warni, mereka melakukan gerakan yang sungguh menarik.
Selain itu, pameran kesihatan turut diadakan. Terdapat pelbagai gerai yang mempamerkan
cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Selain mendapat maklumat yang bermakna, para
pengunjung juga diberikan risalah tentang penyakit kronik, ubat menghapuskan jejentik, dan
membuat pemeriksaan tekanan darah serta kandungan gula di dalam darah.
Kempen yang diadakan secara besar-besaran ini mendapat sambutan baik daripada
warga sekolah dan para pengunjung. Kempen ini berakhir dengan jayanya. Guru besar
menghargai kerja keras guru-guru dan warga sekolah yang menjayakan program tersebut.
Kosa Kata Galeri Peribahasa
• menyarankan – mengemukakan cadangan otak yang cerdas ada pada badan yang
• menghargai – menganggap penting sihat – seseorang yang sihat mampu
mengemukakan fikiran yang bernas
Rumusan:
Kempen Hidup Sihat yang diadakan dapat memberikan pendedahan dan kesedaran tentang
amalan hidup sihat kepada sasarannya. Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat
dengan mengutamakan aktiviti riadah supaya kehidupan sejahtera. Pelbagai kaedah amalan hidup
sihat perlu juga diamalkan supaya kesihatan terpelihara dan terhindar daripada penyakit.
Jawapan
Praktis i-THINK
GURU Tema 2 GURU Praktis i-THINK
GURU
GURU
Tema 2
Tandatangan Guru: Tarikh:
GURU GURU
GURU
GURU
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
05 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 18 16/08/2021 10:57 AM

