Page 32 - Britannica 14 - Mikroorganisma
P. 32
Mikroorganisma yang hidup di kawasan ekstrem
Mikroorganisma dapat hidup dalam pelbagai keadaan sama ada di kutub yang sejuk,
tropika yang panas, di dalam lautan atau di angkasa lepas yang tiada oksigen. Ini jelas
menunjukkan betapa kuatnya daya hidup mikroorganisma. Mari kita lihat mikroorganisma
yang hidup di persekitaran yang ekstrem.
Kawasan tropika dan kutub
Iklim di kawasan tropika yang panas dan
lembap amat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai
jenis mikroorganisma. Di kawasan tropika, terdapat
banyak mikroorganisma hidup yang merupakan
patogen kepada pelbagai jenis penyakit. Contohnya,
Escherichia coli menyebabkan keracunan
makanan dan Plasmodium menyebabkan malaria.
Mikroorganisma juga dapat hidup di persekitaran
yang bersuhu rendah. Purata suhu di kutub selatan
ialah -55°C, iaitu tempat paling sejuk di Bumi.
Pelbagai jenis mikroorganisma telah ditemui di
dalam glasier kutub selatan. Plasmodium
Wah, mampu
Hydrothermal vent hidup di
kawasan bersuhu
Mikroorganisma turut ditemui di hydrothermal tinggi!
vent atau lohong hidrotermal, iaitu saluran air panas
di dasar laut. Suhu gas dan mata air panas yang
tersembur sangat tinggi melebihi 100°C. Terdapat
sejenis bakteria yang dikenali sebagai Pyrolobus
fumarii hidup di persekitaran bersuhu tinggi,
iaitu 113°C. Jika suhu berubah semakin rendah,
pertumbuhannya menjadi perlahan atau tidak
berubah.
Pyrolobus fumarii
Walaupun kecil,
Stesen Angkasa Antarabangsa tapi daya hidup
sangat kuat!
Baru-baru ini, ditemui bahawa
mikroorganisma yang melekat pada
badan angkawasan dan kapal angkasa
yang memasuki angkasa lepas mampu
untuk terus hidup. Mikroorganisma yang
“makan” besi yang dijumpai di Stesen
Angkasa Antarabangsa merupakan
punca utama kerosakan kapal angkasa.
BritannicaV14_P08-P31_CH01_BM.indd 31 01/10/2019 10:18 AM

