Page 24 - TOP ONE TG5 P.AKAUN
P. 24

Prinsip Perakaunan  Ting. 5 KSSM  Modul 2  Rekod Tak Lengkap

                                    KBAT
                       CabaranKBAT
                       Cabaran

                 Puan Bonnie telah menjalankan perniagaan menjual aksesori rambut di Taman Bahagia selama tiga
                 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengamalkan sistem perekodan yang lengkap. Maklumat
                 berikut menunjukkan baki awal dan baki akhir tahun kewangan 2019.


                                                                   1 Jan. 2019        31 Dis. 2019
                                                                      RM                  RM
                    Lekapan                                          8 000                7 550
                    Perabot                                          6 300                   ?
                    Inventori                                        2 820                2 530
                    Inventori Alat Tulis                                70                  30
                    Bank                                             6 390                   ?
                    Akaun Belum Terima                               2 330                2 800
                    Akaun Belum Bayar                                3 950                3 670
                    Utiliti Belum Bayar                                320                 390
                    Insurans Prabayar                                                      280
                    Pinjaman (matang pada 31 Disember 2030)         10 000                8 500


                                                  Buku Tunai (ruangan bank)
                                                       RM                                         RM
                  Baki b/b                            6 390  Pinjaman                             1 500
                  Modal                               7 000  Utiliti                              1 430
                  Akaun Belum Terima                  8 370  Alat Tulis                              360
                  Jualan                              9 640  Perabot                              2 800
                                                             Belanja Am                              420
                                                             Akaun Belum Bayar                    6 870
                                                             Ambilan                                 650
                                                             Belian                               3 230
                                                             Gaji                                 2 280
                                                             Akaun Belum Terima (cek tak layan)   1 110
                                                             Insurans                             1 250
                                                             Faedah Pinjaman                         400




                 Maklumat tambahan:
                 (i)  Sepanjang tempoh itu, pulangan jualan telah direkodkan sebanyak RM730.
                 (ii)  Diskaun diterima daripada pembekal berjumlah RM260.
                 (iii) Faedah atas pinjaman dikenakan ialah 8% setahun.
                 (iv) Peruntukan hutang ragu hendaklah diwujudkan pada kadar 5% atas Akaun Belum Terima.
                 (v)  Perabot baru dibeli pada 1 Julai 20X9. Semua perabot disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas
                     kos.

                 Anda  dikehendaki membantu  Puan Bonnie  membuat  analisis  maklumat di  atas bagi tujuan
                 menyediakan Penyata Kewangan yang lengkap.






                                                           41                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   19   20   21   22   23   24   25   26