Page 61 - TOP ONE TG4 EKONOMI
P. 61

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 2  Pasaran
                  (c)  Jadual di bawah menunjukkan nilai keanjalan harga permintaan bagi beberapa barang yang dijual
                      oleh sebuah pasar raya hiper.

                                                 Jenis barang      Nilai keanjalan
                                                   Garam                0.42
                                                 Minuman jus            1.25
                                                  Meehoon               0.65
                                                Telefon bimbit          1.68

                      (i)  Nyatakan jenis keanjalan harga permintaan untuk garam dan minuman jus.           [2 markah]

                  m/s 92
                      (ii)  Jelaskan tiga penentu keanjalan harga permintaan untuk telefon bimbit.     [3 markah]

                 m/s 94-95
                  (d)  Selain harga barang itu sendiri, terangkan dua faktor yang menyebabkan keluk penawaran sesuatu
                      barang beralih ke kanan.                                                  [6 markah]
                 m/s 71-73

               Soalan Esei


                1.  (a)  Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran padi.
                        Penggunaan teknologi mesin transplan dari Jepun yang digunakan oleh pesawah di Sekinchan,
                        Selangor telah berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran padi kepada 13 tan sehektar
                        berbanding  dengan negeri  lain  seperti  Kedah dan Kelantan  sebanyak empat tan  sehektar.
                        Penggunaan mesin ini menyebabkan peningkatan  kos kepada RM850 satu lot (1.2 hektar)
                        berbanding menanam menggunakan teknik tabur yang hanya menelan kos RM400.
                                     (Dipetik dan disesuaikan daripada petikan: “13 tan metrik sehektar”, Kosmo Online)
                      Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memperluaskan penggunaan teknologi
                      tersebut di seluruh negara.                                               [8 markah]
                                                                                              KBAT Menganalisis

                  (b)  Kerajaan bercadang untuk memberi subsidi  kepada pengeluar perabot  dan permintaan perabot
                      adalah anjal.
                 m/s 110
                      Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan subsidi kepada pengguna dan pengeluar.
                                                                                                [6 markah]
                  (c)  Petikan di bawah berkaitan dengan suatu jenis pasaran.
                                                   E-dagang perkasa perniagaan

                       Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
                       pada Februari lalu, rakyat Malaysia secara umumnya mempunyai tabiat membeli-belah secara
                       atas talian (online), yang menggalakkan  pertumbuhan  perniagaan  online. Kadar  penembusan
                       dalam kalangan pembeli online adalah tinggi, iaitu 67 peratus, yang telah menyumbang kepada
                       perkembangan peruncitan e-dagang sebanyak 19 peratus. Peratusan ini sekali gus menempatkan
                       Malaysia di tangga kedua, berkongsi tempat dengan Indonesia di Asia Tenggara, dalam sektor
                       e-dagang selepas Singapura iaitu 24 peratus.
                                                                            (Sumber: www.sinarharian.com.my)
                      Huraikan jenis pasaran tersebut.                                          [6 markah]
                                                                                              KBAT Mengaplikasi

              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               56






         pg 26 to 58.indd   56                                                                          10/21/19   4:32 PM
   56   57   58   59   60   61   62   63