Page 26 - Focus Visual SPM (2023) Sejarah
P. 26

BAB    9   Dasar Luar Malaysia                         BAB    10  Kecemerlangan Malaysia
                                                                           di Persada Dunia

               Uji Diri 1                                            Uji Diri 1

           Perang Dingin bermaksud tidak berlaku sebarang        Pihak yang melancarkan gerakan antiminyak sawit

          konflik bersenjata secara langsung. Perang Dingin       ialah American Soybean Association (ASA) dan NGO
          berlaku disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman      Pencinta Alam.
          politik. Hal ini merujuk kepada persaingan kuasa
          yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh
          Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai         Uji Diri 2
          oleh Soviet Union.
                                                                 Aktviti kesukarelawanan digalakkan dalam kalangan
                                                                 rakyat Malaysia untuk membantu golongan
               Uji Diri 2                                        yang tidak bernasib baik disebabkan bencana
                                                                 alam atau peperangan. Aktiviti tersebut dapat
           Malaysia menentang Dasar Aparteid disebabkan          melahirkan rakyat Malaysia yang prihatin, bersikap
          mendukung prinsip hak asasi untuk manusia tanpa        perikemanusiaan dan berhati mulia.
          membezakan kaum, jantina, bahasa atau agama.
          Dasar Aparteid menyalahgunakan hak asasi manusia
          dengan membezakan hak seseorang berdasarkan
          warna kulit.                                               Uji Diri 3

               Uji Diri 3                                        Punca berlakunya jerebu ialah pembakaran secara
                                                                 terbuka, pembakaran hutan secara haram, asap dari
           Peranan Malaysia dalam NAM ialah menjadi tuan         kilang dan asap dari kenderaan.
          rumah kepada Sidang Kemuncak NAM ke-13,
          menyuarakan isu Aparteid dan Bosnia-Herzegovina
          serta meminta agar rantau Asia Tenggara diterima           Cabaran KBAT 1
          sebagai kawasan berkecuali.
                                                                 Cara meluaskan pasaran minyak sawit ke peringkat
               Cabaran KBAT 1                                    antarabangsa ialah dengan mengadakan misi
                                                                 promosi melalui rombongan perdagangan ke luar
           Hubungan baik dengan negara jiran perlu diperkukuh    negara, mengadakan kempen secara berterusan dan
          demi menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial.   membuat dokumentari kebaikan minyak sawit di
          Mengekalkan keamanan serantau dan antarabangsa.        media massa dan media sosial.
          Mendapatkan bantuan kemanusiaan jika ditimpa
          bencana. Meluaskan pasaran barangan tempatan ke
           peringkat antarabangsa.                                   Cabaran KBAT 2

               Cabaran KBAT 2                                    Isu kemanusiaan yang melibatkan rakyat Malaysia
                                                                 dalam pertubuhan antarabangsa ialah isu Palestin,
           Manfaat yang diperoleh Malaysia melalui pelibatan     isu Syria serta tsunami di Aceh dan Sri Lanka.
          dalam Komanwel ialah mendapat bantuan
          pertahanan malalui perjanjian pertahanan pada
          tahun 1957. Menyertai Rancangan Colombo dan                Cabaran KBAT 3
          menjalin kerjasama ekonomi dengan negara anggota
          Komanwel. Melibatkan diri dalam sukan dengan           Langkah mengawal pencemaran alam sekitar ialah
          menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun           menjalin kerjasama, mengadakan perjanjian dan
          1998.                                                  kempen alam sekitar, mengenakan hukuman berat,
                                                                 menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
               Cabaran KBAT 3                                    dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan
                                                                 mesra alam.
           Cara mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara

          ialah mengelakkan konflik dengan negara jiran,
          mengadakan perjanjian damai, mengatasi konflik

          melalui meja rundingan, menjalin kerjasama dalam
          pelbagai bidang dan tidak mencampuri urusan
          dalaman negara jiran.


       222    Jawapan




   02.indd   222                                                                                                 20/07/2022   11:18 AM
   21   22   23   24   25   26   27