Page 18 - PWR UP GEO TG3
P. 18
Geografi Tingkatan 3 Bab 3
8. Bincangkan pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
SP 2.1.2 SP 2.1.3 SP 2.1.4 TP5 KBAT Menganalisis / Menilai
AKTIVITI PAK-21 Kerusi Panas
Tajuk: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Langkah-langkah:
1. Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu kawasan di bawah.
Kawasan 1: Gurun Panas
Kawasan 2: Hutan Monsun Tropika Hidupan Liar di
Kawasan 3: Hutan Konifer Kawasan Gurun
Kawasan 4: Hutan Paya Air Masin INFO
3. Guru akan memberi masa 20 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan tentang
pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan
tersebut.
4. Murid perlu menyediakan bahan pembentangan yang sesuai.
5. Seorang wakil daripada setiap setiap kumpulan akan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan
kelas dan menjadi “pakar”.
6. “Pakar” ini akan menjawab semua soalan yang akan dikemukakan oleh murid lain dan membuat
justifikasi berkaitan tajuk pembentangan kumpulan masing-masing.
9. Hasilkan persembahan yang kreatif dan kritis tentang pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. SP 2.1.2 SP 2.1.3 SP 2.1.4 TP6 KBAT Mencipta
AKTIVITI PAK-21 Persembahan
Tajuk: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Langkah-langkah:
1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul maklumat dan gambar yang berkaitan dengan faktor
persekitaran fizikal yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
3. Hasilkan karya yang kreatif dan menarik berdasarkan maklumat yang dikumpul. Contohnya:
(a) poster bergambar
(b) esei ringkas
(c) buku skrap
(d) risalah
4. Persembahkan hasil karya setiap kumpulan di hadapan kelas.
5. Guru akan membuat penilaian dan memberi maklum balas.
Kriteria Kejayaan: .............................................................................................
Saya berjaya:
• menghasilkan persembahan yang kreatif dan kritis tentang pengaruh persekitaran terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
31 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 Power Up Geo Tg3_p25-35.indd 31 10/20/20 9:16 AM

