Page 18 - Ranger PT3 Pendidikan Islam 2020
P. 18

Pendidikan Islam PT3  Pelajaran 18  Puasa Benteng Diri

                   18.9    Maksud Qada, Fidyah dan Kafarah Puasa


                  1.  Qada:  menggantikan ibadat puasa  Ramadan yang  tidak sah,  yang  tertinggal,
                     terbatal, atau sengaja ditinggalkan pada waktu atau hari lain di luar bulan Ramadan.
                  2.  Fidyah:  memberi sedekah  kepada  fakir  miskin  dengan makanan asasi  penduduk
                     negeri berkenaan sebanyak secupak bagi setiap hari yang ditinggalkan.
                  3.  Kafarah: denda yang dikenakan kepada suami yang membatalkan puasa pada bulan
                     Ramadan dengan melakukan persetubuhan mengikut turutan denda berikut:
                     (a)  Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu;
                     (b)  Berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu;
                     (c)  Wajib  memberi  60 orang  fakir  miskin  makanan  dengan  kadar  secupak  setiap
                        orang.



                  18.10    Qada, Fidyah dan Kafarah Puasa bagi
                           Golongan yang Diharuskan Berbuka Puasa

                  1.  Golongan yang wajib qada puasa:
                     (a)  Musafir yang diharuskan syarak.
                     (b)  Sakit yang memudaratkan jika berpuasa.
                     (c)  Perempuan haid atau nifas.
                     (d)  Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbangkan
                        kesihatan dirinya sahaja.
                                                                                                    2
                  2.  Wajib fidyah:
                     (a)  Sakit tenat yang tiada harapan sembuh.
                     (b)  Orang tua yang tiada daya untuk berpuasa.
                     (c)  Orang yang meninggal dunia sebelum sempat qadak puasa, jika tidak
                        digantikan oleh warisnya.
                  3.  Wajib qada dan fidyah:
                     (a)  Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbangkan
                        kesihatan anaknya.
                     (b)  Tidak qada puasa tanpa keuzuran hingga tiba Ramadan berikutnya.
                  4.  Wajib qada dan kafarah:
                     (a)  Suami yang melakukan persetubuhan bersama isteri dengan sengaja pada siang
                        hari di bulan Ramadan dalam keadaan berpuasa.

                  18.11    Hikmah Puasa


                  1.  Menambah  ketaatan kepada  Allah  kerana melaksanakan  ibadat kepada-Nya  dan
                     mengurangkan maksiat.
                  2.  Memelihara  kesihatan  badan dengan merehatkan sistem  pencernaan dan
                     mengamalkan diet seimbang.

 162                                                                                           163





       16.2 RANGER PT3 ISLAM 1P.indd   163                                                05/07/2019   6:01 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22