Page 17 - KOMIK SAINS PERTAMA SAYA : PENGEMBARA SAFARI MALAM 2
P. 17
Menggunakan Bau untuk Menandakan Kawasan Kekuasaan
Terdapat haiwan yang menggunakan bau untuk menandakan kawasan
kekuasaannya seperti anjing, serigala, rubah dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini akan
menggunakan air kencing untuk memberi amaran kepada penceroboh bahawa itu
ialah kawasan mereka. Selain itu, lemur ekor cincin pula akan merembeskan sejenis
cecair berwarna kuning yang berbau busuk untuk menandakan kawasannya.
Manakala, striped skunk pula akan merembeskan bau yang sangat busuk dari
duburnya apabila musuh ada berdekatan. Mereka juga akan menghala ke arah musuh
lalu memancarkan cecair berwarna kuning yang sangat busuk. Kesannya, musuh akan
menjadi buta sementara dan tidak dapat menyerang semula.
Ini kawasan
siapa? © Kjersti Joergensen
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd - All Rights Reserved.
Lemur ekor cincin akan menggosokkan lengan dan ketiak pada objek di kawasannya untuk
merembeskan cecair badan. Tahap perkembangan kelenjar lemur ekor cincin boleh menentukan
kedudukan dalam kumpulannya.
Deria bau yang istimewa
Ada udang di
Lipas, semut dan sebagainya menggunakan hadapan!
sesungut di kepala untuk mengesan bau. Manakala,
ikan keli menggunakan sesungut di tepi mulut untuk
mengesan bau. Deria bau ular pula terdapat di
bahagian kepala. Ular akan menghulurkan lidah
untuk mengumpulkan zarah yang terdapat di udara Sa
bagi mengesan kedudukan mangsa.
SurvivalV8_P022-P37_Chap2_BM.indd 37 05/05/2020 6:55 AM

