Page 24 - TOP CLASS SEJARAH TG 4 KSSM
P. 24

Sejarah  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Warisan Negara Bangsa


                               SUDUT              PAK–21






                                                                          Gallery        Walk


          Bab 1          Warisan Negara Bangsa


          Subtopik       Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang


          Hasil          Di akhir pelajaran, murid-murid dapat menjelaskan keunggulan sistem pentadbiran dan
          Pembelajaran   undang-undang sebelum kedatangan kuasa Barat.


          Aktiviti       1.  Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
                         2.   Setiap kumpulan akan meneliti dan melengkapkan tajuk tugasan berikut:
                             (a)  Hierarki sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
                             (b)  Peranan pembesar dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
                             (c)  Kesan pelaksanaan sistem pentadbiran pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

                             (d)  Kandungan Hukum Kanun Melaka
                             (e)  Kandungan Undang-Undang Laut Melaka
                             (f)  Kesan pelaksanaan sistem perundangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
                         3.  Aspek kajian meliputi:
                             (a)  Latar belakang pelaksanaan
                             (b)  Tujuan dan cara pelaksanaan
                             (c)  Kesan pelaksanaan

                         4.  Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk rajah, peta i-THiNK, jadual, nota dan
                             sebagainya di atas kertas sebak.

                         5.  Hasil kerja setiap kumpulan akan dipamerkan di lokasi yang ditetapkan di dalam
                             kelas.
                         6.  Murid-murid akan bergerak secara berkumpulan untuk melihat dan menambahkan
                             maklumat yang bersesuaian.
                         7.  Murid-murid boleh meninggalkan komen dengan menggunakan “sticky note” yang
                             disediakan untuk ditampal pada hasil kerja kumpulan yang dilawati.



                                                                                Kuiz 1







        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               16
        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
                                                     16
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29