Page 68 - Hybrid PBD 2022 Tg 5 - Biology
P. 68
Biologi Tingkatan 5 Bab 2
(d) Ramalkan apakah yang akan berlaku pada tumbuhan P sekiranya kadar fotosintesis kekal sama dengan
kadar respirasi walaupun keamatan cahaya meningkat selepas titik X. SP 2.5.4 TP5 KBAT Menilai
Predict what will happen to plant P if the rate of photosynthesis still equals to the rate of respiration even though the light intensity
increases after point X.
– Selepas titik X, sekiranya kadar fotosintesis masih sama dengan kadar respirasi sel, tiada glukosa
berlebihan dihasilkan melalui proses fotosintesis.
After point X, if the rate of photosynthesis still equals to the rate of respiration, no excess of glucose is produced through photosynthesis
– Kadar glukosa yang terhasil adalah sama dengan kadar glukosa yang digunakan untuk respirasi sel.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
The rate of glucose produced is equal to the rate of glucose consumed for cell respiration.
– Maka tiada pertumbuhan berlaku pada tumbuhan P. / Thus, no growth occur in plant P.
– Kerana glukosa tidak cukup untuk menjalankan semua metabolisme bagi menghasilkan bunga, biji
benih dan buah. / Because glucose is not enough to perform all metabolisms to produce the flower, seeds and fruits.
– Gas oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis digunakan untuk proses respirasi sel.
Oxygen released in photosynthesis is used for cell respiration.
– Tiada pembebasan gas oksigen ke atmosfera oleh tumbuhan P.
No oxygen gas is released into the atmosphere by plant P.
2.5 Kertas 1
Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas daun. Gas X digunakan melalui satu proses yang menggunakan
tenaga cahaya. / The diagram below shows a cross section of a leaf. Gas X is used in a process that uses light energy.
Gas X
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gas X pada titik pampasan?
Which of the following is correct about gas X at the compensation point?
A Keuntungan bersih bagi gas X / Net gain of gas X
B Kerugian bersih bagi gas X / Net loss of gas X
C Tiada keuntungan atau kerugian bersih bagi gas X / No net gain or loss of gas X
D Kerugian kemudian menjadi keuntungan bersih bagi gas X / Loss then net gain of gas X
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya
• Memerihalkan titik pampasan
• Membanding dan membezakan antara proses fotosintesis dengan respirasi sel dalam tumbuhan
• Menganalisis keamatan cahaya dan titik pampasan dengan menggunakan graf
• Meramalkan kesan kadar fotosintesis dan kadar respirasi sel yang kekal pada titik pampasan terhadap pertumbuhan dalam tumbuhan
43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 HYBRID PBD BIOLOGY TG5.indd 43 18/11/2021 11:05 AM

