Page 16 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku A Pemahaman
P. 16

Bahasa Melayu  Tahun 6  Ujian 6
                  Bahagian  A       Kemahiran Aplikasi Maklumat                                         5


                Soalan 16 hingga 20
                Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                  Ikhmal:  Zarina, adakah kamu pernah melawat Tugu Negara?
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  Zarina:  Ya,  saya  pernah  mengunjungi  Tugu  Negara  bersama-sama  keluarga  saya.  Tugu
                           Negara atau disebut juga sebagai Tugu Peringatan dibina pada tahun 1963. Tugu ini
                           siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966.

                  Ikhmal:  Tugu Negara dibina sebagai lambang penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit
                           yang gugur dalam Perang Dunia Pertama yang berlaku pada tahun 1914, Perang
                           Dunia Kedua yang bermula pada tahun 1935 dan berakhir pada tahun 1942, serta
                           semasa negara kita menghadapi darurat pada tahun 1948 hingga 1960. Siapakah
                           yang mereka tugu tersebut?
                  Zarina:  Tugu Negara direka oleh seorang pengukir dari Austria, iaitu Felix de Weldon. Tugu
                           itu yang setinggi 15 meter dan diperbuat daripada gangsa itu berbentuk tujuh patung
                           lelaki  yang  mewakili  askar  Tanah  Melayu  yang  berjaya  dalam  memperjuangkan
                           kemerdekaan  negara.  Untuk  pengetahuan  kamu,  Tugu  Negara  merupakan  arca
                           berkumpulan yang tertinggi di dunia.

                  Ikhmal:  Wah,  hebatnya!  Daripada  pembacaan  saya  daripada  Internet,  ketujuh-tujuh
                           patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, kegetiran, persatuan, kesiagaan,
                           kekuatan, keberanian, dan pengorbanan dalam menghadapi musuh.                         6



                  16.  Pembinaan  Tugu  Negara  mengambil         19.  Pilih  pernyataan  yang  benar  tentang   Ujian
                     masa selama                                     petikan.
                     A  satu tahun.                                  A  Tugu Negara arca kedua tertinggi di
                     B  dua tahun.                                      dunia.
                     C  tiga tahun.                                  B  Terdapat  tujuh  patung  pahlawan
                     D  empat tahun.                                    negara di Tugu Negara.
                                                                     C  Zarina  mendapat  maklumat  tentang
                  17.  Bilakah darurat di negara kita berakhir?         lambang     patung    perajurit   itu
                     A  8 Februari 1966                                 daripada Internet.
                     B  Tahun 1935                                   D  Tugu Negara diukir oleh tujuh orang
                     C  Tahun 1942                                      pengukir dari luar negara.
                     D  Tahun 1960
                                                                 20.  Peribahasa  yang  sesuai  berdasarkan
                  18.  Maksud   rangkai    kata    lambang           petikan ialah
                     penghormatan dalam petikan ialah                A  biar putih tulang, jangan putih mata.
                     A  tanda perjuangan.                            B  ikut  resmi  padi,  makin  berisi  makin
                     B  simbol penghargaan.                             tunduk.
                     C  isyarat pengorbanan.                         C  di  mana  ada  kemahuan  di  situ  ada
                     D  tokoh kemerdekaan.                              jalan.
                                                                     D  alah sabung menang sorak.


                                                             43                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         06 G.READY PEMAHAMAN T6 2P.indd   43                                                         17/02/2022   11:43 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21