Page 23 - PBD Plus Sejarah T2 (EG)
P. 23
Sejarah Tingkatan 2 Bab 2
3. Jelaskan sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu berikut. TP 2
(a) Raja
Nota Visual
Sistem Pemerintahan
Raja-raja Srivijaya dipercayai mempunyai unsur kesaktian.
Raja dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja
sebagai Buddha di bumi.
Srivijaya Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di
Pulau.
(b) Pemerintahan pusat dan wilayah
Raja dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota, Pratiyuvaraja
sebagai Raja Muda dan Rajakumara.
Raja juga dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut
cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan.
Pentadbiran wilayah dibahagikan kepada dua.
Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja.
IDEA Pradatuan yang ditadbir oleh Datu bukan keturunan raja.
CETUS
(c) Raja
Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang
mengaitkan raja sebagai dewa.
Kuasa kedua dan ketiga dalam sistem pemerintahan raja ialah
Permaisuri dan Raja Muda.
Angkor
(d) Pemerintahan pusat dan wilayah
Raja dibantu oleh pembesar-pembesar yang
bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman,
keselamatan dan perbendaharaan.
Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah,
daerah, daerah kecil dan kampung.
Praktis Ekstra
Bab 2
Cuba jawab Praktis Masteri 2, Bhgn A, S2
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 PBD PLUS SEJ TG2 1P.indd 13 06/01/2023 6:07 PM

